saya nak baca ..

KORPORAT


ARKIB : 16/11/2010

Siaran TV hibrid YTL tahun depan


Francis Yeoh (tengah) bersalaman dan bertukar dokumen dengan Ibrahim Yahaya (kiri) dan Amrin Awaluddin (kanan) semasa majlis menandatangani YTL dengan RTM dan Primeworks di Hotel Ritz Carlton, semalam.


KUALA LUMPUR 15 Nov. - Selepas menawarkan perkhidmatan suara 4G pertama di dunia, YTL Communications Sdn. Bhd. (YTL Communications) kini terus melangkah ke hadapan untuk menyediakan siaran televisyen (TV) hibrid meliputi komuniti Malaysia dan Asia Pasifik bermula November tahun depan.

Program TV yang ditawarkan itu boleh ditonton secara berulang- ulang kali melalui skrin telefon mudah alih dan juga melalui skrin TV biasa.

Pengerusi Eksekutifnya, Tan Sri Dr. Francis Yeoh berkata, TV hibrid yang mana jumlah pelaburannya masih dirahsiakan, akan berkembang menjadi TV tanpa wayar sepenuhnya dengan aplikasi Internet.

Katanya, perkhidmatan TV berkenaan akan memaparkan kandungan program tempatan dan juga antarabangsa.

''Selain menonton TV dengan kualiti siaran yang baik, para penonton turut melakukan persidangan dalam talian secara serentak dengan komuniti penonton di tempat lain.

''Kami kini membuka peluang kepada pelbagai penyedia kandungan produksi tempatan bagi mengisi rancangan yang terdapat dalam TV hibrid tersebut,'' katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri majlis memorandum persefahaman dan kerjasama di antara YTL, Radio dan Televisyen Malaysia (RTM) serta Kumpulan Media Prima di sini hari ini.

Turut hadir pada majlis itu, Ketua Pengarah Penyiaran RTM, Datuk Ibrahim Yahaya dan Pengarah Urusan Media Prima Bhd., Datuk Amrin Awaluddin.

Yeoh juga meminta orang ramai supaya menunggu sehingga November depan untuk melihat pembaharuan dan kecanggihan teknologi yang ditawarkan YTL.

Ketika ditanya sama ada TV Hibrid yang ditawarkan YTL Communications akan bersaing dengan stesen TV berbayar, Astro, Yeoh berkata, kedua-dua pihak menggunakan platform berbeza.

'''Persaingan tetap ada dan perkara itu perlu dalam perniagaan. Namun, kami menawarkan aplikasi TV hibrid dengan menggunakan platform Internet dan bukan satelit,'' katanya.

Sementara itu, Ibrahim berkata, kerjasama di antara YTL dan RTM merupakan satu perubahan signifikan kepada pihaknya.

Menurut beliau, RTM sedia untuk bergerak dan berubah kepada satu peringkat yang lebih tinggi.

''Saya berharap kerjasama tersebut dapat meningkatkan penyaluran maklumat nasional dan memberi semangat yang baik untuk rakyat,'' ujarnya.

Amrin pula berkata, kerjasama yang dibentuk dapat membantu Kumpulan Media Prima melipatgandakan usaha bagi menghasilkan program-program yang lebih berkualiti.

Jelas beliau, pihaknya melihat sebagai satu penghormatan kerana program-program yang dihasilkan akan ditonton oleh pelbagai golongan lapisan masyarakat di dalam dan luar negara.

''Selepas menawarkan TV percuma, kandungan program Kumpulan Media Prima akan dapat ditonton melalui platform yang berbeza,'' katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:47
Zuhur 1:08
Asar 4:15
Maghrib 7:10
Isyak 8:19



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.