saya nak baca ..

JENAYAH


ARKIB : 20/11/2010

Perkasa dakwa laporan kolumnis The Star hina mahkamah

KUALA LUMPUR 19 Nov. - Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) hari ini membuat laporan polis terhadap seorang kolumnis, Azmi Sharom dan akhbar The Star berhubung satu artikel bertajuk Sore need for plurality in law yang didakwa menghina mahkamah.

Laporan itu dibuat oleh Setiausaha Agung Perkasa, Syed Hassan Syed Ali di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi di sini pada pukul 4 petang.

Menurut Syed Hassan, Azmi dalam artikelnya yang disiarkan dalam akhbar berbahasa Inggeris itu semalam, menulis mengenai kes mahkamah yang membabitkan seorang mualaf memeluk Islam bersama dua anak kecilnya tanpa kebenaran isterinya.

Katanya, Perkasa menganggap huraian yang dibuat penulis dalam penulisan tersebut sebagai mempertikaikan keputusan yang dibuat mahkamah.

"Kami mahu pihak berkuasa menyiasat artikel ini kerana jelas ia mempertikaikan keputusan mahkamah iaitu menghina mahkamah," katanya kepada pemberita selepas selesai membuat laporan polis.

Pada 12 November lalu, seorang wanita Hindu gagal meneruskan permohonan untuk merujuk isu perlembagaan bagi mencabar undang-undang syariah dan sivil dalam kes perebutan hak penjagaan dua anaknya hasil perkahwinan dengan bekas suami yang kini beragama Islam.

Ia berikutan keputusan penting Mahkamah Persekutuan membenarkan bantahan awal Dr. Muhammad Ridzwan Mogarajah, 42, yang mempertikaikan kewajaran tindakan S. Shamala, 38, sedangkan ketiga-tiganya dipercayai berada di Australia.

Dalam pada itu, Syed Hassan turut membidas Azmi yang dalam artikelnya itu turut menyatakan negara Malaysia sebagai negara sekular dan memiliki perlembagaan sekular.

"Negara ini bukan sekular, dia (Azmi) yang berfikiran sekular dan siapa yang cakap perlembagaan negara adalah sekular?," ujarnya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.