saya nak baca ..

SUKAN TEMPATAN


ARKIB : 22/11/2010

Sukan Paralimpiad XV Melaka bermula

MELAKA - Majlis pembukaan Sukan Paralimpiad XV berlangsung meriah di Stadium Hang Jebat, Krubong di sini, semalam.

Upacara dimulakan dengan perarakan masuk 15 kontinjen dari seluruh negara yang disertai seramai 1,415 atlet kurang upaya dan 511 pegawai.

Perarakan masuk kontinjen dimeriahkan lagi dengan iringan dua kumpulan pancaragam Sekolah Menengah Kebangsaan Tinggi Perempuan Melaka dan Sekolah Tunas Bakti, Lereh di sini.

Majlis perasmian disempurnakan oleh Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek yang menyalakan obor kejohanan di pentas utama stadium, sambil disaksikan ribuan rakyat yang hadir.

Turut hadir, Presiden Majlis Paralimpik Malaysia, Datuk Zainal Abu Zarin; Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam; Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Othman Muhamad dan Setiausaha Kerajaan negeri, Datuk Omar Kaseh.

Sukan dwi tahunan itu mempertandingkan 16 acara antaranya badminton, boling padang, bola keranjang, kerusi roda, catur, futsal, olahraga dan petanque.

Beberapa acara sukan lain yang turut dipertandingkan adalah perahu layar, pingpong, angkat berat, renang, tenis kerusi roda, boccia dan boling.

Sebanyak 1,750 pingat ditawarkan pada temasya kali ini iaitu 571 pingat emas dan perak, serta 608 pingat gangsa.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.