saya nak baca ..

TIMUR


ARKIB : 23/11/2010

Pusat tenun songket di Gong Kapas

KUALA TERENGGANU 22 Nov. – Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU) Terengganu akan mewujudkan sebuah pusat latihan tenunan songket di Kampung Gong Kapas di sini, akhir bulan depan.

Pengurus Besarnya, Azmi Razik berkata, ia bertujuan melahirkan lebih ramai penenun songket di kalangan generasi muda dan menyelamatkan industri songket di negeri ini daripada berkubur pada masa depan.

“Pada masa ini Terengganu mengalami masalah kekurangan penenun berpengalaman serta mahir dan langkah mewujudkan pusat latihan itu dilihat sebagai satu cara untuk menyelamatkan industri songket di negeri ini,” katanya di sini, semalam.

Beliau berkata, pusat latihan itu mampu melatih 10 orang penenun songket dalam satu-satu masa dengan bimbingan penenun songket berpengalaman dan mahir.

Katanya, dengan latihan itu, YPU berharap songket-songket yang dihasilkan di negeri ini lebih bermutu tinggi sekali gus mampu menembusi pasaran antarabangsa.

Azmi berkata, pada masa ini songket, batik dan sutera Terengganu mendapat permintaan daripada industri tekstil daripada beberapa buah negara barat.

“Ini satu peluang terbaik bagi pengusaha songket, batik serta sutera Terengganu untuk menembusi pasaran global dan baru-baru ini kerajaan negeri juga menghantar satu rombongan terdiri daripada pengusaha batik, songket dan sutera Terengganu ke luar negara untuk melihat peluang pasaran di sana,” katanya.

Dalam perkembangan lain, kerajaan Terengganu dengan kerjasama YPU akan menganjurkan festival batik, songket dan kraf Terengganu 2010 di Pusat Dagangan Terengganu (TTC) bermula 25 November ini.

Azmi berkata, objektif utama festival selama dua minggu itu bertujuan merealisasikan peranan industri kraf sebagai pemangkin pembangunan ekonomi dan sosioekonomi negeri dan negara.

“Selain itu, ia dapat memberi peluang kepada usahawan dan pengusaha industri kraf mempromosi dan mengetengahkan produk mereka kepada masyarakat umum selain peluang mencari rakan niaga,”katanya. – BERNAMA

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.