saya nak baca ..

SUKAN TEMPATAN


ARKIB : 24/11/2010

Hoki cipta sejarah ke final


pemain Malaysia berteriak kegirangan meraikan kemenangan 4-3 ke atas India pada perlawanan separuh akhir acara hoki lelaki Sukan Asia XVI di Guangzhou semalam.


GUANGZHOU – Jaringan emas Muhamad Amin Rahim pada minit kelima masa tambahan, meletakkan Malaysia ke babak akhir hoki buat pertama kali dalam sejarah Sukan Asia, semalam.

Anak-anak buah Stephen van Huizen mencatat kemenangan bersejarah 4-3, selepas terikat 3-3 dalam masa sebenar, yang kemudiannya diheret ke babak penentuan masa tambahan.

Malaysia, yang menduduki tempat keenam pada Sukan Asia di Doha 2006, ke final menentang Pakistan, yang menewaskan juara bertahan Korea Selatan 4-3 pada penentuan penalti, setelah terikat 1-1 pada masa sebenar perlawanan.

Kemenangan ke atas Pakistan, esok amat penting dalam usaha anak-anak buah van Huizen mendapatkan slot automatik ke Sukan Olimpik London 2012.

Penampilan terbaik skuad negara dalam sejarah Sukan Asia hanya setakat membawa pulang pingat gangsa sejak temasya Jakarta (1962), Tehran (1974), Bangkok (1978), New Delhi (1982), Beijing (1990) dan Busan (2002).

Pada perlawanan, semalam, Tengku Ahmad Tengku Abdul Jalil meletakkan Malaysia di depan pada minit ke-32 menerusi jaringan padang, sebelum India bangkit mengatur serangan balas untuk menyamakan kedudukan tiga minit kemudian selepas memperoleh pukulan sudut penalti.

Sandeep Singh mudah melepasi jangkauan penjaga gol, S. Kumar sebelum babak pertama berhenti rehat.

India terus mengasak sebaik babak kedua bermula dengan mempamerkan permainan pantas dan mereka tidak perlu menunggu lama apabila Tushar Kandkar pantas mengambil peluang yang terhidang di depan mata, untuk meletakkan pasukannya mendahului permainan pada minit ke-37.

Tersentak dengan itu, Malaysia kembali mengatur gerakan dan berjaya memperoleh pukulan sudut penalti sebelum Azlan Misron mudah menyempurnakan peluang itu pada minit ke-49 untuk mengikat kedudukan 2-2.

Permainan kembali rancak dengan kedua-dua pasukan saling berbalas serangan dan Malaysia akhirnya dihukum daripada kesilapan kecil di depan gawang apabila pengadil memberikan pukulan sudut penalti kepada lawan. Ketua pasukan India, Raj Pal Singh melakukan tugas dengan baik, apabila menyempurnakan peluang untuk India mendahului Malaysia 3-2.

Ketika bayangan ke babak akhir dilihat pudar, Muhamad Amin kembali menghidupkan saingan, apabila tidak mensia-siakan peluang terhidang menerusi pukulan sudut penalti pada minit ke-67 untuk kedudukan terikat 3-3 sebelum ke masa tambahan.

Malaysia tidak menunggu lama untuk mengesahkan tempat ke perlawanan akhir apabila Muhamad Amin muncul wira menjaringkan gol mutlak daripada pukulan sudut penalti.

“Lega rasanya apabila berjaya melangkah ke final, saya sangat bersyukur kepada Tuhan hari ini (semalam). Memang sudah dijangka ia bakal menjadi satu pertemuan yang sangat sengit dengan India, malah kita juga hampir-hampir kalah jika tidak berjaya mengikat mereka di saat-saat akhir.

“Namun, saya sangat gembira dengan komitmen serta semangat juang pemain kita yang bangkit melawan. Mereka telah menunjukkan satu persembahan yang wajar diberi pujian. Bukan mudah untuk menang dalam pertemuan kalah mati ini, terutamanya dengan India.

“Saya bersyukur kepada Tuhan kerana kita mampu mendapatkan gol kemenangan lima minit selepas masa tambahan. Jika tidak saya rasa pemain kita sudah pasti keletihan dan tidak mungkin mampu menahan kemaraan pemain india. Apa pun saya amat berterima kasih kepada, Beng Hai yang banyak memberi bantuan kepada saya melatih pemain kita.

“Ini semua adalah pemain yang dia kenali dan skuad yang pernah dia kendalikan sebelum ini. Saya hanya melatih saja apa yang sepatutnya kepada pemain,” ujar van Huizen. – Utusan

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:41
Zuhur 1:02
Asar 4:24
Maghrib 6:59
Isyak 8:12



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.