saya nak baca ..

KAMPUS


ARKIB : 26/11/2010

Caj baru pinjaman: Peminjam digesa lawat laman web PTPTN

PUTRAJAYA 25 Nov. - Para peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dinasihatkan memberi maklum balas berhubung permohonan penukaran caj perkhidmatan pinjaman secara Ujrah tiga peratus kepada satu peratus.

Pengerusi PTPTN, Datuk Ismail Mohamed Said berkata, para peminjam dikehendaki melawat laman web PTPTN untuk memohon penukaran caj perkhidmatan tersebut dan mengetahui maklumat lanjut mengenainya.

Menurutnya, sejak pengumuman penukaran itu disiarkan di media massa pada September lalu, PTPTN menerima 38,000 permohonan penukaran caj perkhidmatan itu daripada peminjam.

"Daripada jumlah tersebut, seramai 11,189 peminjam layak diberikan tawaran perjanjian pinjaman baru pada Oktober dan November ini.

"Bagaimanapun tidak semua permohonan peminjam itu layak untuk diberikan penukaran caj tersebut oleh PTPTN kerana ada sesetengah peminjam gagal menamatkan pengajian dan telah dipanggil ke mahkamah," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

PTPTN sejak September lalu membuat pengumuman mengenai maklumat penukaran caj perkhidmatan tiga peratus kepada satu peratus di akhbar-akhbar arus perdana.

Sementara itu, Ismail berkata, PTPTN sedang giat membuat penyelarasan dan mengemaskini permohonan peminjam dari 2003 hingga 2008 bagi pertukaran caj perkhidmatan pinjaman secara Ujrah daripada tiga peratus kepada satu peratus.

"Terdapat 500,000 peminjam bagi tahun 2003 hingga 2008.

"Jumlah peminjam PTPTN sehingga 31 Oktober tahun ini pula adalah 1,674 370 dengan jumlah pinjaman sebanyak RM36.9 bilion," katanya.

Sehubungan itu, kata beliau, proses permohonan penukaran caj perkhidmatan tersebut diadakan secara berperingkat mengikut tahun pinjaman dan tidak dibuka kepada secara serentak kepada semua peminjam.

Menurutnya, kesesakan kepada sistem pangkalan data akan berlaku sekiranya semua peminjam memohon untuk melakukan penukaran pada masa yang sama.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:39
Zohor 1:13
Asar 4:37
Maghrib 7:22
Isyak 8:36



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.