saya nak baca ..

SABAH & SARAWAK


ARKIB : 26/11/2010

Jaga tingkah laku di Taman Warisan Batu Sapi


Antara kemudahan disediakan di Taman Warisan Batu Sapi.


SANDAKAN 25 Nov. - Pengunjung Taman Warisan Batu Sapi diingatkan supaya menjaga tingkah laku dan percakapan bagi mengelakkan sebarang perkara yang tidak diingini berlaku.

Penjaga Taman Warisan Batu Sapi, Ambulong Along, 60, berkata, langkah itu perlu kerana terdapat pengunjung yang menerima musibah akibat bertindak melulu.

"Sebelum ini terdapat pengunjung yang tidak mengawal tingkah laku dan perbuatan menerima pelbagai musibah, malah ada yang maut.

"Jadi saya mengingatkan kepada pengunjung supaya tidak mengambil mudah perkara ini demi keselamatan diri masing-masing," katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Menurutnya, selain itu amalan pemujaan dan sebagainya juga harus dielakkan dilakukan di situ.

Dalam pada itu, beliau memberitahu, sejak batu berkenaan wujud sehingga kini ia tidak pernah berubah dari segi saiz dan lokasi.

"Malah air di kawasan batu berkenaan juga tidak pernah kering meskipun musim kemarau dan air surut besar," katanya.

Dalam pada itu, katanya, kewujudan formasi Batu Sapi di daerah ini sentiasa mendapat perhatian penduduk tempatan dan luar.

Menurutnya, pelancong dari Semenanjung adalah antara yang paling ramai berkunjung di sini selain pelancong asing.

"Kunjungan pelancong biasanya meningkat pada hujung minggu dan hari cuti umum," katanya.

Sementara itu, penjaga kaunter Taman Warisan Batu Sapi, Lela Abdullah, 31, berkata, bayaran masuk yang berpatutan menyebabkan ia tidak membebankan pengunjung.

Katanya, bayaran dikenakan kepada pengunjung tempatan adalah RM1 seorang manakala , RM10 terhadap pelancong asing.

"Taman ini hanya ditutup pada hari Isnin, bagaimanapun jika ada permintaan kita akan membukanya," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:50
Zohor 1:23
Asar 4:46
Maghrib 7:30
Isyak 8:44



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.