saya nak baca ..

SASTERA


ARKIB : 26/11/2010

Lukisan pelukis Malaysia di Chicago


Suzlee Ibrahim tekun menghasilkan lukisannya.


PELUKIS abstrak tanah air, Suzlee Ibrahim melakar sejarah tersendiri apabila dipilih antara 16 pelukis menyertai pameran Dari Laman Belakang Saya Sendiri, Saya Dapat Melihat Dunia yang diadakan di Zhou-B, Pusat Seni di Chicago, Amerika Syarikat pada 14 hingga 17 Oktober lalu.

Pameran itu turut disertai lapan pelukis dari Chicago iaitu Ceasr Conde, Kate Friedman, Ginny Sykes, Connie Noyes, Gabriella Boros, Sergio Gomez dan Harry Sudman.

Suzlee merupakan antara lapan pelukis antarabangsa yang aktif di peringkat global yang dipilih.

Yang lain ialah Yvette Dunn (Afrika Selatan), Roland Orepuk (Perancis), Simeon Todev (Bulgaria), Petronilla Hohenwarter (German) dan Regina Peieira Lopes (Brazil).

Kata Suzlee, dia menghantar beberapa karya seperti Spirit, Cloth of Red, Pine-green dan Painted Stories pada pameran berkenaan.

"Saya berasa pameran ini mempunyai keunikan yang tersendiri. Ini kerana kumpulan pelukis yang dinamakan ARG (Artists Respond Globally) melibatkan kerjasama antara pelukis dari Chicago dan lapan pelukis antarabangsa," katanya ketika dihubungi baru-baru ini.

Suzlee berkata, kebanyakan mereka tidak pernah mengenali antara satu sama lain kerana dipilih secara rambang untuk digandingkan pada pameran itu.

Menurutnya, mereka diberi panduan, topik dan berusaha menyelesaikan masalah yang timbul dalam mencari persefahaman tanpa ada batasan.

"Melalui teknologi komunikasi terkini, pameran ini telah menempatkan pelukis dalam jarak ribuan batu dalam 'satu' studio," katanya.

ARG telah dilancarkan secara rasmi pada Mei lalu.

Apa yang menarik kata Suzlee, laman-laman sosial seperti Facebook, Skype dan Jajah menjadi penghubung komunikasi untuk mendekatkan jarak antara mereka bagi memudahkan sebarang perbincangan bagi merealisasikan karya-karya yang mereka hasilkan.

Kata beliau, kaedah dokumentasi video digunakan untuk memantau perkembangan kerjasama antara pelukis untuk mendapatkan keserasian hasil karya akhir antara mereka.

"Pendokumentasian di dalam dan di luar studio artis dilakukan di antara artis dan pihak penaja bersama krew dan 16 pelukis lain dengan skala yang lebih besar.

"Rakaman video, fotografi dan nota-nota kiriman antara pelukis menjadi bukti kepada kesungguhan usaha mereka untuk menjadikan produk kreatif mereka berjaya," ujarnya yang merupakan pensyarah sepenuh masa di Fakulti Seni Halus, Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA), Kuala Lumpur.

Beliau yang telah lama mencipta nama mula melukis secara serius sejak lebih dari 20 tahun.

Suzlee terkenal menerusi karya seni seperti Movement Series dan terbaru ialah siri Monsoon.

Karya-karya beliau pernah dipamerkan antaranya di negara-negara seperti England, Denmark, Germany, Cuba, Canada, Japan, Greece, Poland dan Emeriah Arab Bersatu (UAE).

Dia telah mengadakan 17 pameran perseorangan dan lebih 500 pameran berkumpulan sejak melibatkan diri dalam bidang seni lukis.

Karya-karya beliau boleh dihayati melalui laman web http://www.suzleefineart.paint.at.

Sementara itu, pengarah projek itu, Connie Noyes berkata, ARG menjadi satu badan yang menjalankan projek dan aktiviti-aktiviti antara pelukis dan masyarakat di peringkat antarabangsa.

Menurutnya, tujuan utama ARG adalah untuk memaksimumkan aktiviti seni dalam masyarakat dengan hubungan antarabangsa melalui teknolgi komunikasi masa kini.

"Badan ini dapat menjana dialog, pandangan, kesefahaman masyarakat dunia dan menyokong kesedaran sosial, politik dan estetik melalui proses dan latihan kreativiti," tambahnya.

Dengan kehadiran ramai artis luar dalam projek itu, ARG berharap ia dapat menghubung dan memperkenalkan budaya bangsa luar kepada masyarakat Chicago di pelbagai peringkat umur.

Justeru, karya-karya pelukis yang mengambil bahagian dalam pameran itu telah di lelong di Beviamo berhampiran University Village, Chicago dengan tujuan untuk mengumpul dana bagi menjalan aktiviti-aktiviti kelolaan ARG pada masa akan datang.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:48
Zuhur 1:09
Asar 4:14
Maghrib 7:12
Isyak 8:21



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.