saya nak baca ..

SUKAN LUAR NEGARA


ARKIB : 26/11/2010

Jaringan Rooney sahkan kemaraan


PEMAIN Manchester United, Wayne Rooney (kiri) dipeluk oleh penyokong (kanan) sewaktu dia meraikan jaringannya menerusi sepakan penalti ketika perlawanan menentang Glasgow Ranger dalam aksi Kumpulan C, Liga Juara Juara di Stadium Ibrox, Glasgow, Scotland, semalam. - AP


GLASGOW - Jaringan tunggal Wayne Rooney selepas kembali beraksi dalam kesebelasan utama sudah cukup memberi kemenangan kepada Manchester United 1-0 menewaskan kelab Scotland, Glasgow Rangers di Ibrox, semalam.

Juara Liga Scotland itu beraksi dengan membariskan lima pemain pertahanan dan United dilihat selesa menguasai perlawanan tersebut.

Rooney dilihat menghidupkan perlawanan dan penyerang England itu memperoleh beberapa peluang untuk memastikan kemenangan awal sebelum menjaringkan gol menerusi sepakan penalti pada minit ke-85.

Jaringan itu sekali gus membawa United mara ke peringkat kalah mati Liga Juara-Juara Eropah, manakala, Rangers sekadar meneruskan aksi di Liga Europa.

Keputusan pengurus Rangers, Walter Smith untuk kekal membariskan lima pertahanan telah membuka peluang buat United untuk memulakan aksi dengan mudah berikutan pertahanan Rangers terlalu berada dekat dengan pintu gol sendiri.

Pasukan Liga Perdana England itu memulakan aksi dengan tempo yang laju dan hampir memperoleh sepakan penalti pada awal permainan.

Dimitar Berbatov berjaya menewaskan Steven Davis untuk mendapatkan bola dan berada di dalam petak penalti sebelum pertahanan kanan tersebut menerjah pemain Bulgaria itu dari belakang.

Ulang tayang jelas menunjukkan ia sepatutnya dihadiahkan dengan sepakan penalti tetapi pengadil perlawanan Massimo Busacca meneruskan permainan, walaupun kedudukan pembantunya berada pada posisi terbaik menyaksikan insiden tersebut.

Berbatov juga berpeluang memberikan gol pendahuluan kepada United lima minit selepas insiden tersebut, setelah Fabio yang beraksi cemerlang di sebelah sayap kiri melakukan hantaran lintang kepada Berbatov yang tidak dikawal dalam petak penalti.

Bagaimanapun, penyerang tersebut gagal menyempurnakan hantaran itu dengan baik selepas tandukannya menuju tepat ke arah penjaga gol, Allan McGregor.

Selain dominasi total United, pasukan tuan rumah juga hampir melakukan kejutan untuk berada di depan pada minit ke-15 menerusi sepakan percuma yang diambil pemain veteran, David Weir menuju tepat ke arah Kenny Miller.

Percubaan dari sudut yang sukar, telah menyebabkan penyerang itu sekadar melakukan tandukan liar ke arah penjaga gol, Edwin van der Sar sekali pun, dia mampu menyempurnakannya dengan lebih baik. - Agensi

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:47
Zuhur 1:08
Asar 4:14
Maghrib 7:11
Isyak 8:19



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.