saya nak baca ..

SUKAN LUAR NEGARA


ARKIB : 26/11/2010

Impian Spurs jadi kenyataan


PEMAIN Tottenham, Luca Modric, (dua dari kiri) meraikan jaringannya bersama rakan sepasukan, Peter Crouch (kanan) sewaktu menentang Werder Bremen dalam aksi Liga Juara Juara di White Hart Lane, London, semalam. - AP


LONDON - Impian Tottenham Hotspur untuk mara ke peringkat kalah mati Liga Juara-Juara akhirnya tercapai setelah berjaya menundukkan Werder Bremen 3-0 pada perlawanan peringkat kumpulan A di White Hart Lane, kelmarin.

Jaringan daripada Younes Kaboul dan Luca Modric membolehkan pasukan dari London itu selesa mendahului dengan jaringan 2-0 pada separuh masa pertama.

Sekalipun, Gareth Bale gagal menyempurnakan sepakan penalti selepas waktu rehat, Peter Crouch menambah gol ketiga pada minit ke-79 yang sekali gus menjamin tempat Spurs pada saingan 16 pasukan, sementara, Bremen pula tersingkir.

Kaboul yang muncul wira pasukannya ketika membantu Spurs menjaringkan gol pada lewat permainan untuk menewaskan Arsenal 3-2, Sabtu lalu, sekali lagi, meletakkan namanya dalam senarai penjaring apabila sepakan volinya pada minit ke-6 menerjah ke gawang lawan setelah menerima hantaran Aaron Lennon.

Modric menambah jaringan buat pasukan apabila meledakkan gol kedua sebelum separuh masa pertama berakhir setelah Crouch menanduk bola hasil hantaran Alan Hutton.

Crouch meletakkan pasukannya berada dalam kedudukan selamat selepas dia menyumbat gol ketiga dari jarak 5 meter. - Reuters

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:42
Zohor 1:18
Asar 4:44
Maghrib 7:27
Isyak 8:43



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.