saya nak baca ..

TERKINI


ARKIB : 27/11/2010

Kurikulum subjek Sejarah perlu dikaji semula - NUTP

27/11/2010 7:09pm

KUALA LUMPUR 27 Nov. Kurikulum Sejarah sekolah menengah perlu dikaji semula sebelum mewajibkan pelajar lulus dalam mata pelajaran itu di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada 2013, kata Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP), Hashim Adnan.

Beliau berkata, Kementerian Pelajaran perlu mengkaji semula kurikulum sejarah di mana fakta-fakta dalam mata pelajaran itu perlu diubah suai dengan lebih realistik selain menggalakkan teknik pengajaran yang lebih menarik supaya menarik minat pelajar.

Bercakap kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat exco NUTP di sini hari ini, Hashim berkata, banyak perkara perlu diperbetulkan dahulu sebelum peraturan tersebut dikuatkuasakan.

Ini termasuk masalah sekolah yang kurang guru, guru berlebihan dan tenaga pengajar yang mengajar sejarah yang bukan subjek opsyen mereka, katanya.

"Kita yakin sekiranya perkara-perkara ini dapat diselesaikan, pelajar akan dapat suntikan untuk belajar dan seterusnya (sejarah) boleh diterima pakai pada masa akan datang dan bukannya waktu terdekat, katanya. Bernama

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:59
Zohor 1:21
Asar 4:23
Maghrib 7:24
Isyak 8:33



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.