saya nak baca ..

UTARA


ARKIB : 30/11/2010

1,038 graduan terima ijazah, diploma


Sebahagian graduan yang menerima ijazah dan diploma pada Istiadat Konvokesyen UiTM di Arau, semalam.


ARAU 29 Nov. - Universiti Teknologi Mara (UiTM) Perlis melakar sejarah apabila buat pertama kalinya menjadi tuan rumah majlis Istiadat Konvokesyen UiTM Ke-73 bagi mewakili kampus-kampus universiti itu di utara tanah air.

Sebanyak 1,038 graduan menerima ijazah dan diploma masing-masing melalui program Kimia Gunaan, Teknologi Marin, Pengurusan Ladang dan Kimia Perindustrian dalam majlis yang diadakan sebanyak enam sidang.

Mereka merupakan graduan daripada UiTM Perlis, UiTM Pulau Pinang dan UiTM Kedah dalam majlis konvokesyen yang bermula hari ini sehingga Rabu ini.

Seramai sembilan graduan terpilih menerima Anugerah Naib Canselor iaitu enam daripadanya mengikuti pengajian Diploma Pengurusan Ladang dan selebihnya mengikuti pengajian Diploma Kimia Perindustrian.

Graduan Diploma Pengurusan Ladang ialah Mohd. Hafizan Ismail, Muhammad Shauqi Amar Azero, Muhammad Taqiuddin Shith Mohd. Shith Putera, Nor Shazlin Md. Sahari, Nur Aisyah Othman dan Rabiah Al-Adawiyah Desa manakala graduan Diploma Kimia Perindustrian ialah Ronnie Sakai, Mohamad Aznuddin Abd. Razak dan Nurul Ain Aman.

Semua mereka menerima diploma dan ijazah masing-masing daripada Pro Canselor UiTM, Tan Sri Arshad Ayob.

Sementara itu, Rabiah Al-Adawiyah, 21, berkata, anugerah yang diterima merupakan pendorong untuk dirinya melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi.

Dia yang merupakan anak pesawah dari Padang Besar, kini menyambung pengajian dalam bidang perladangan di peringkat ijazah sarjana muda di UiTM Shah Alam.

Muhammad Shauqi, 21, pula ingin menimba lebih banyak pengalaman dalam pekerjaan sebelum melanjutkan pengajian di peringkat yang lebih tinggi.

"Saya kini sudah bekerja sebagai Penolong Pengurus di United Plantation di Ulu Bernam dan bagi saya peluang yang datang harus saya ambil namun cita-cita untuk melanjutkan pengajian akan saya laksanakan tidak lama lagi," ujarnya yang berasal dari Teluk Intan, Perak.

Muhammad Taqiuddin Shith, 21, juga menjadikan anugerah yang diterima sebagai batu loncatan untuknya menyambung pengajian ke peringkat ijazah sarjana muda dalam bidang yang sama.

"Saya kini menyambung pengajian di Universiti Putra Malaysia (UPM) selama empat tahun dan apa juga ilmu yang saya peroleh dari kedua-dua universiti akan saya curahkan kembali kepada masyarakat," katanya yang berasal dari Ipoh.

Dalam pada itu, Ronnie Sakai, 21, juga kini menyambung pengajian dalam bidang Analisis Kimia di peringkat ijazah sarjana muda di Universiti Sains Malaysia (USM).

Bakal graduan yang berasal dari Sarawak itu berkata, dia tidak akan mensia-siakan ilmu yang diperoleh di UiTM khususnya sebagai anak bumiputera untuk bersama-sama membantu kerajaan meningkatkan taraf hidup golongan bumiputera di Sarawak.

Sementara itu, ketika berucap merasmikan sidang pertama konvokesyen tersebut, Arshad mengingatkan graduan UiTM supaya menjadi insan yang beretika dan berwibawa.

Beliau berkata, sebagai graduan universiti bumiputera, adalah penting mereka menjaga nama baik UiTM agar tidak tercemar dengan perlakuan dan sikap yang tidak beretika.

"Saya menyeru kepada semua graduan supaya menjaga amanah yang diberikan dalam menjalankan tugas kerana anda sebenarnya memikul tanggungjawab untuk memastikan kualiti hidup masyarakat sentiasa terjamin," katanya.

Arshad turut mengingatkan graduan bersikap terbuka agar mudah menambah ilmu pengetahuan dan meningkatkan kemahiran dalam bidang yang diceburi.

Katanya, masih banyak yang perlu dipelajari setelah me namatkan pengajian di universiti, justeru para graduan harus memberi yang terbaik dalam tugas dan amanah yang dipikul selain menjadikan pembelajaran sepanjang hayat sebagai budaya.

"Berpegang teguhlah pada nilai-nilai murni yang diper turunkan oleh orang tua dan para pendidik walau di mana anda berada walau setinggi mana kedudukan anda," katanya.

Dalam pada itu, beliau juga mengingatkan graduan UiTM supaya membantu meningkatkan kecemerlangan UiTM me lalui program yang dianjurkan oleh alumni UiTM.

Beliau berkata, bantuan tersebut termasuk dari segi ke wangan dapat memperkukuhkan kecemerlangan universiti itu.

"UiTM Perlis mempunyai 30,000 graduan dan jika setiap graduan menyumbang setahun RM100 sudah cukup untuk membantu UiTM ini yang membelanjakan sebanyak RM1.5 bilion setiap tahun untuk membantu pelajar bumiputera," katanya.

Menurut beliau, warga UiTM tidak boleh mengharapkan bantuan semata-mata daripada kerajaan sebaliknya perlu bersama-sama membantu melahirkan lebih ramai golongan profesional bumiputera melalui alumni.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:53
Zuhur 1:19
Asar 4:34
Maghrib 7:25
Isyak 8:36



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.