saya nak baca ..

SABAH & SARAWAK


ARKIB : 01/12/2010

Graduan politeknik laris di pasaran


SEBAHAGIAN pelajar baru Politeknik Kota Kinabalu mendengar amanat yang disampaikan oleh Hajiji Noor pada majlis perasmian minggu suaikenal pelajar baru PKK sesi Disember 2010 di Politeknik Kota Kinabalu, semalam .


KOTA KINABALU 30 Nov. - Graduan politeknik di negeri ini mendapat permintaan yang tinggi daripada pihak swasta dan kerajaan di dalam sektor pekerjaan.

Sehubungan itu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri, Datuk Hajiji Noor berkata, graduan di institusi berkenaan lebih mudah mendapat pekerjaan selepas tamat pengajian.

"Saya dimaklumkan bahawa graduan politeknik kurang menghadapi kesukaran untuk memperoleh pekerjaan.

"Berdasarkan kajian, 90 peratus daripada graduan politeknik memperoleh pekerjaan dalam tempoh enam bulan selepas menamatkan pengajian.

"Daripada jumlah itu lebih daripada 70 peratus memperoleh pekerjaan dalam tempoh tiga bulan," katanya ketika berucap pada majlis perasmian minggu suaikenal pelajar baru sesi Disember 2010 di Politeknik Kota Kinabalu (PKK) di sini hari ini.

Turut hadir Timbalan Pengarah PKK, Dullah Muluk.

Menurut Hajiji, kecenderungan majikan memilih graduan politeknik membolehkan graduan institusi itu membentuk kerjaya yang cemerlang.

Katanya, ia juga memberi peluang kepada graduan berkenaan memilih sektor dan majikan yang diminati mereka.

"Bagaimanapun sektor swasta dan multinasional menjadi pilihan utama para graduan politeknik berbanding sektor awam," katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, semua pihak harus berganding bahu melakukan transformasi bagi meningkatkan kecemerlangan politeknik.

Katanya, transformasi itu penting dalam memastikan politeknik terus menjadi institusi pilihan utama masyarakat.

"2010 merupakan tahun transformasi untuk sistem pengajian di politeknik yang bertujuan meningkatkan lagi kualiti pendidikan yang ada.

"Perancangan ini adalah untuk melonjakkan politeknik sebagai institusi peneraju dan latihan pendidikan teknik dan vokasional,"katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:50
Zohor 1:23
Asar 4:46
Maghrib 7:30
Isyak 8:44



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.