saya nak baca ..

TERKINI


ARKIB : 01/12/2010

Jumlah pengangguran di Malaysia menurun

01/12/2010 9:16pm

PUTRAJAYA 1 Dis. - Malaysia mencatatkan pengurangan dalam jumlah pengangguran iaitu 364,200 pada September lepas berbanding 413,700 tahun lalu, kata Menteri Sumber Manusia Datuk Dr. S. Subramaniam.

Beliau berkata, ini menunjukkan satu tanda positif untuk memperbaharui kekuatan perniagaan, meningkatkan keyakian pihak yang berkepentingan dan akhirnya pemulihan ekonomi.

Dalam ucapan pada majlis penyampaian sijil K-Workers Development Initiatives (KID) di sini, katanya jumlah pengangguran meningkat kepada 3.6 peratus pada tahun lepas kepada 413,700 daripada 3.1 peratus pada 2008.

KID ialah satu inisiatif yang diilhamkan oleh Perbadanan Pembangunan Multimedia (MDeC) dalam usaha mewujudkan kecekapan tenaga kerja yang tinggi serta berpengetahuan Maklumat, Komunikasi dan Teknologi (ICT).

Dr. Subramaniam berkata, kementerian itu akan terus menyokong MDeC dalam wawasannya untuk mewujudkan 85,000 pekerjaan menjelang 2015.

“Kita menggesa Institusi Pengajian Tinggi (IPT) untuk terus mengukuhkan hubungan mereka dengan MDeC agar pelajarnya dapat memperoleh peluang pembangunan bakat yang MSC Malaysia tawarkan dan untuk majikan sektor wasta menyumbang dalam pewujudan pekerjaan,” katanya.

Dr. Subramaniam berkata, lebih 6,000 pelajar dan 400 pensyarah telah dilatih dan dilengkapkan dengan kemahiran dan pengetahuan berkaitan industri menerusi pelbagai Inisiatif Pembangunan K-Workers. - Bernama

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:42
Zohor 1:03
Asar 4:25
Maghrib 7:00
Isyak 8:13



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.