saya nak baca ..

JENAYAH


ARKIB : 04/12/2010

Guru rugi RM15,000 ditipu rakan Facebook

KOTA BAHARU 3 Dis. - Pelbagai kisah penipuan melalui teman sosial dan Internet sering didedahkan melalui media massa namun masih ada rakyat di negara ini yang menjadi mangsa.

Terbaru, seorang guru wanita dari Taman Uda Murni di sini, kerugian RM15,000 gara-gara percaya terhadap seorang lelaki dari Iraq yang baru dikenalinya melalui laman sosial Facebook.

Timbalan Ketua Polis negeri, Asisten Komisioner Mazlan Lazim berkata, mangsa berusia 42 tahun dikatakan telah berkenalan dengan lelaki terbabit yang berasal dari Baghdad, Iraq beberapa minggu lalu melalui laman sosial berkenaan.

Beliau berkata, selepas berkenalan, lelaki terbabit berusia 30-an pada Selasa lalu telah menghantar satu mesej melalui Facebook kepada guru wanita berkenaan.

"Lelaki itu mengatakan ingin menemui mangsa dengan alasan hendak mendalami ilmu agama. Sehari kemudian, suspek menghubungi mangsa dan memaklumkan dia telah ditahan oleh pihak Imigresen di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)," katanya di sini hari ini.

Tambah Mazlan Lazim, lelaki itu mendakwa dirinya ditahan kerana membawa mata wang pound sterling 360,000 (RM1.76 juta) yang tidak diisytiharkan.

"Sebaik sahaja menerima panggilan daripada suspek, mangsa menerima pula panggilan daripada seorang wanita yang memperkenalkan diri sebagai pegawai Imigresen dan bertanya sama ada mangsa ada mengenali suspek," katanya.

Menurutnya, wanita tersebut memperkenalkan diri sebagai Fatimah dan menawarkan diri untuk membantu membebaskan lelaki Iraq itu dengan syarat mangsa membuat bayaran sebanyak RM15,000.

"Mangsa yang percaya dengan kata-kata wanita itu kemudian memasukkan wang tersebut ke dalam akaun diberikan.

"Selepas membuat transaksi, mangsa menghubungi pihak Imigresen KLIA untuk memaklumkan perkara itu (kemasukan duit) tetapi dimaklumkan tiada kakitangan wanita jabatan itu di KLIA bernama Fatimah," katanya.

Jelasnya, menyedari dirinya telah ditipu, mangsa cuba menghubungi lelaki Iraq terbabit tetapi gagal, lalu membuat laporan di Ibu Pejabat Polis daerah, kira-kira pukul 3 petang semalam.

Mazlan berkata, pihaknya masih menyiasat perkara tersebut dan kaitan lelaki Iraq terbabit dengan Fatimah, berkemungkinan mereka merupakan satu sindiket.

Beliau turut menasihatkan orang ramai yang melayari mana-mana laman sosial supaya tidak mempercayai permintaan rakan kenalan baru mereka bagi mengelak ditipu atau kemungkinan terlibat dalam sebarang kegiatan jenayah.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:47
Zuhur 1:09
Asar 4:14
Maghrib 7:11
Isyak 8:20



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.