saya nak baca ..

PELANCONGAN


ARKIB : 04/12/2010

Yala bandar terbersih di Asia


Bandar Yala di Selatan Thailand yang di isytiharkan bandar terbersih di Asia.


SAWADIKAP, kap kun ka, sabaidi ka.” Itu antara perkataan yang cukup lunak didengar pelancong kala menjejakkan kaki ke Yala, salah sebuah wilayah yang terletak di Selatan Thailand.

Ketiga-tiga perkataan yang seerti dengan salam sejahtera, terima kasih dan apa khabar dalam bahasa Melayu itu menggambarkan keramahan penduduk negara tersebut yang terkenal sebagai masyarakat berbudi bahasa dan bersopan santun di kalangan pelancong.

Cara pemakaian, makanan yang dihidangkan dan pergaulan lebih kurang sama dengan masyarakat di negara ini terutama yang tinggal di sempadan negara.

Sesuatu yang dibanggakan rakyat di Yala, kerajaannya masih mengekal dan mempelihara monumen dan bangunan peninggalan sejarah dan amat menitiberatkan tahap kebersihan.

Justeru, Bandar Mempesona Sempadan Wilayah Selatan Thailand slogan paling tepat menggambarkan Yala dalam usaha menarik kedatangan pelancong dan pelawat ke wilayah tersebut.

Yala merupakan Thailand yang terletak di bahagian paling selatan negara tersebut. Wilayah-wilayah yang berdekatan dari barat barat laut adalah Songkhla, Patani dan Narathiwat. Yala bersempadan dengan Malaysia di bahagian selatan.

Terletak kira-kira 1,084 kilometer dari ibu negaranya Bangkok sekiranya pelancong datang menggunakan keretapi atau 1,055 kilometer perjalanan andai memilih menaiki kereta melalui jalan Phetkasem.

Membawa maksud jala yang sering dikaitkan dengan penghidupan nelayan sukar mencari signifikan gelaran tersebut kerana difahamkan Yala pada asalnya merupakan sebuah bandar yang giat dalam perlombongan bijih timah dan tungsten.

Malah lambang wilayah ini juga memaparkan seorang pelombong bijih timah dengan alat-alat pertukangannya seperti pengumpil, cangkul dan bakul.

Ia merupakan satu daripada tujuh bandar di bawah pentadbiran Pattani dan diiktirafkan sebagai sebuah wilayah sejak tahun 1933.

Yala merangkumi kawasan seluas 4,521 kilometer persegi terbahagi kepada enam daerah iaitu Yala, Raman, Yaha, Bannang Sata, Betong dan Tarn Tho. Lebih 50 peratus rakyatnya memahami malah mahir menguasai bahasa Melayu.

Di kalangan pelancong, khususnya yang beragama Islam tumpuan di Yala bermula dengan menziarahi masjid Rawdatul Yannah yang mempunyai tangga baru mar-mar yang berpilin atau bentuk berlengkar ke tingkat atas.

Istimewanya masjid ini kubahnya berbentuk bunga teratai sedang berkembang. Empat tahun di ambil untuk menyiapkan masjid tersebut dan mula digunakan pada tahun 1983.

Tarikan lain di Yala apabila pelancong dibawa melawat ke Istana lama kepunyaan pemerintah Yala, Praya Narongrit Sripratate Visate Vongsa yang memerintah dari tahun 1987-1908.

Rumah agam berkembar yang dibina dari kayu itu kekal dengan seni ukiran awan larat dan trdisional Melayu Siam.

Sebagai wilayah yang lebih kurang 70 peratus penduduknya beragama Islam dengan 66 penduduk terdiri di kalangan bangsa Melayu, aktiviti ibadat dan keagamaan seperti di negara ini juga.

Misalnya sebuah rumah dibina untuk melihat anak bulan bagi menyambut kedatangan Ramadan dan Syawal terletak di atas bukit di belakang Hospital Somdac Prayuparaj, antara hospital terbesar di wilayah ini.

Di kalangan peminat alam semulajadi, kunjungan ke Yala tidak lengkap andai tidak meneroka Gua Kra Chang terletak 52 kilometer dari daerah Bannang Star dan melalui jalan tanah sejauh tiga kilometer.

Menjanjikan kehijauan alam yang sungguh damai dan mengasyikan, keunikan gua yang terbentuk sejak ratusan ribu tahun ini sesuai untuk merehatkan minda .

Di situ juga terdapat tiga gua berdekatan iaitu Gua Look Om, Nam Lord dan Pra.

Di persekitaran kawasan berbukit wilayah ini pula menjanjikan tarikan alam semula jadi iaitu air terjun yang popular di kalangan pengunjung. Antaranya Sukkha Ta Lai, Bu Keh Pilo dan air Terjun Tarn Tho yang mempunyai tujuh tingkat.

Jika mahu melanjutkan lagi perjalanan, singgahlah ke daerah Betong yang merupakan sebuah bandar sederhana besar di Yala dan merupakan sempadan paling dekat dari Pengkalan Hulu Perak.

Jarak dari tol Jelapang, Ipoh ke Betong lebih kurang dua jam dengan perjalanan sejauh 170 km.

Menariknya di sini terdapat sebuah peti surat terbesar di dunia. Berbentuk silinder setinggi 320 sentimeter dan tapaknya selebar 240 sentimeter dan beroperasi seperti peti-peti surat yang lain.

Terdapat sebuah kolam Air Panas Tanoh Maeroh di sini yang didakwa mampu memasak telur dalam tempoh tujuh minit dan di kalangan pelancong gemar untuk mandi-manda di sini yang menurut kepercayaan sesetengah pihak berupaya menghilangkan penyakit kulit.

Dari bulan September hingga Mac ketika daun pokok getah gugur, sebelah malamnya bandar Betong akan dipenuhi dengan burung layang -layang yang bergantung di talian elektrik membentuk pemandangan unik dan menarik, peliknya pada sebelah siang, seekor pun tidak kelihatan.

Kembara ke luar negara tidak sempurna andai mencuba makanan atau buah-buahan yang menjadi kebanggaan Yala. Di sini terdapat tanaman limau ‘Cho Khoon’ hasil kacukan daripada limau mandarin yang harum dan rasa masam-masam manis.

Manakala sejenis sayur dikenali sebagai ‘Pak Nam’ yang hanya subur dalam air mengalir menjadi hidangan kegemaran di sini. Uniknya sayur Pak Nam yang enak dimasak tumis subur di air yang sejuk dan cepat membiak di musim hujan.

Sejenis spesis ikan dari China, ‘Pla Chao’ dikatakan mula dibiak di Malaysia tetapi ikan tersebut kini lebih popular dan dijual di Betong malah diusahakan secara besar-besaran di daerah itu.

Kepada yang berminat dengan makanan eksotik, katak gunung yang saiznya membesar sehingga satu kilogram hidangan yang memang dicari di sini kerana dikatakan sedap jika dimasak menggunakan bawang putih, sayur dan lada hitam.

Thailand yang terkenal dengan Satu Kampung Satu Produk turut mengerah tenaga tenaga masyarakat di Yala mengeluarkan produk khusus untuk pelancong, antara yang menjadi sebutan kopi tempatan, ayam cincang, laksa dan agar-agar hitam.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:51
Zohor 1:13
Asar 4:36
Maghrib 7:09
Isyak 8:24



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.