saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 05/12/2010

Kembalikan kekebalan raja-raja Melayu - MPM

KUALA LUMPUR 4 Dis. - Mesyuarat tergempar Majlis Perundingan Melayu (MPM) hari ini menggesa kerajaan meminda Perlembagaan Persekutuan bagi membolehkan kekebalan raja-raja Melayu dikembalikan semula.

Ini juga bagi menjamin institusi terbabit terus dihormati oleh segenap lapisan masyarakat di negara ini.

Turut disentuh dalam mesyuarat yang berlangsung lebih dua jam itu ialah mengenai konsep ketuanan Melayu yang harus dipertahankan dan difahami semua supaya tidak diperkotak-katik pihak tidak bertanggungjawab.

Selain itu, kalangan badan bukan kerajaan (NGO) terbabit yang menganggotai MPM juga mengecam kenyataan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail yang mahu ketuanan Melayu dibubarkan.

Salah seorang ahli jawatankuasa pengasas MPM, Prof. Datuk Dr. Kamarudin Kachar berkata, martabat dan kedaulatan raja-raja Melayu perlu diperkukuhkan dengan mengembalikan imuniti atau kekebalan raja-raja Melayu.

Menurut beliau, raja-raja Melayu adalah 'payung' kestabilan dan keharmonian negara kerana baginda adalah ketua bagi negara ini.

''Sewajarnya, kuasa diberikan kepada Yang di-Pertuan Agong dan raja-raja Melayu untuk memastikan kestabilan rakyat.

''Untuk itu, MPM akan berbincang dengan pakar-pakar perundangan untuk mengkaji Perlembagaan supaya kekebalan raja-raja Melayu dapat dikembalikan semula,'' katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui Mingguan Malaysia selepas mempengerusikan mesyuarat tergempar itu yang dihadiri hampir keseluruhan pengerusi dan presiden 136 NGO Melayu yang bergabung dengan MPM.

Antara yang hadir, Presiden Gagasan Melayu Perak (GMP), Datuk Seri Mohd. Hilmi Ismail dan Yang Dipertua Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Melayu Wilayah Persekutuan, Bahrim Abdul Razak.

Mengulas lanjut, Kamarudin berkata, konsep ketuanan Melayu bukanlah bererti Melayu itu menjadi 'tuan' di negara ini dan masyarakat bukan Melayu diingatkan supaya tidak tertipu dengan helah mereka yang menyalahtafsir konsep tersebut.

''Apabila Presiden PKR mengungkit tentang konsep ketuanan Melayu dan membangkitkan slogan ketuanan rakyat, ia tidak lebih sekadar satu muslihat untuk mendapatkan sokongan orang bukan Melayu semata-mata.

''MPM ingatkan kepada semua supaya jangan termasuk dalam perangkap dan terpedaya akan kenyataan beliau (Wan Azizah).

''Ini semua hanyalah untuk memancing undi dan sebagai provokasi orang Melayu hingga terlalai,'' tegasnya.

Atas dasar itu, jelasnya, MPM akan bergerak menerangkan mengenai penakrifan sebenar konsep ketuanan Melayu kepada semua pihak termasuk orang bukan Melayu khususnya golongan muda.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:18
Asar 4:31
Maghrib 7:24
Isyak 8:34



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.