saya nak baca ..

SABAH & SARAWAK


ARKIB : 05/12/2010

Sabah, Filipina atasi rompakan di laut

KOTA KINABALU 4 Dis. - Polis Sabah akan bekerjasama dengan pihak berkuasa Filipina bagi menyiasat kes rompakan bersenjata yang didakwa dilakukan Kumpulan Abu Sayyaf di perairan Tambisan dekat Lahad Datu Sabtu lalu.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib berkata, pihaknya telah menghubungi pihak berkuasa Filipina bagi menjalankan siasatan lanjut berkenaan kes itu.

"Kita ada menghubungi rakan-rakan di Filipina untuk mengenal pasti suspek serta mengambil tindakan bagi mengatasi permasalahan ini," katanya di sini hari ini.

Dalam insiden terbaru di perairan Lahad Datu Sabtu lalu, enam lelaki bersenjata telah merompak sebuah kapal milik rakyat tempatan yang sedang menunda kayu balak di perairan Tambisan.

Menurut sumber, dalam kejadian pada pukul 2.30 petang itu, lelaki berkenaan telah melepaskan tembakan ke arah bot tunda berkenaan bagi memaksanya berhenti.

Lelaki bersenjata berkenaan yang dikatakan mengaku daripada Kumpulan Abu Sayyaf kemudiannya merampas wang tunai, telefon bimbit, 7,000 liter diesel, Sistem Penentu Kedudukan Global (GPS) dan gas memasak.

Menurut Hamza pihak polis akan terus memperhebatkan pemantauan di kawasan berkenaan bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini.

Katanya, rondaan yang lebih kerap akan dilakukan di kawasan itu selain pemantauan anggota yang telah ditempatkan di pulau-pulau berhampiran.

Dalam pada itu, beliau menasihatkan pengusaha bot di negeri ini supaya segera menghubungi polis sekiranya menghadapi ancaman daripada mana-mana pihak.

"Kita nasihatkan agar nelayan dan pengusaha bot supaya memberitahu lokasi mereka bagi membolehkan tindakan diambil sekiranya berada di dalam situasi bermasalah seperti dirompak ketika berada di laut," ujarnya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:43
Zohor 1:04
Asar 4:26
Maghrib 7:01
Isyak 8:14



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.