saya nak baca ..

MUKA HADAPAN


ARKIB : 06/12/2010

5 sekeluarga maut kemalangan di PD


ANGGOTA Bomba dan Penyelamat memeriksa kereta Proton Wira yang remuk dihempap trak tentera, menyebabkan lima dari sebuah keluarga terbunuh di Kilometer 19.6 Jalan Pantai Kampung Tembok Teluk Kemang, Negeri Sembilan, semalam.


TELUK KEMANG 5 Dis. – Lima sekeluarga termasuk seorang kanak-kanak berusia tiga tahun maut selepas terlibat dalam kemalangan membabitkan lima kenderaan termasuk sebuah trak tentera di Kilometer 19.6 Jalan Pantai Kampung Tembok dekat sini hari ini.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 11.15 pagi apabila kenderaan yang dinaiki kesemua mangsa bertembung dengan trak terbabit yang hilang kawalan setelah bergesel dengan sebuah kereta.

Difahamkan lima sekeluarga itu maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan anggota badan.

Mangsa yang maut ialah pemandu kereta Proton Wira Aeroback, Saipol Naaim Mat Dan, 36, isterinya, Nordiana Mohd. Said, 30, serta anak mereka, Muhammad Harith Firdaus, 3.

Turut maut, ibu bapa Nordiana, Mohd. Said Lakan, 58, dan Rosnani Buyong, 50, yang duduk di bahagian belakang kereta terbabit.

Difahamkan semua mangsa yang berasal dari Hulu Langat, Selangor dalam perjalanan menuju ke Melaka.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Supritendan Baljeet Singh memberitahu, punca kemalangan dipercayai berlaku apabila trak tentera berkenaan hilang kawalan selepas bergesel dengan sebuah lagi kereta jenis Proton Waja.

Katanya, trak yang dinaiki oleh lima anggota tentera berkenaan kemudiannya terbabas ke laluan bertentangan sebelum bertembung dengan kereta dipandu Saipol Naaim sebelum terbalik.

‘‘Kereta Waja yang dinaiki tiga sekeluarga turut merempuh dua buah lagi kereta jenis Perodua Myvi yang dipandu seorang wanita dan kereta jenis Kia Spectra yang dipandu seorang lelaki dari arah bertentangan.

‘‘Bagaimanapun, hanya seorang penumpang kereta Proton Waja berkenaan cedera dan dikejarkan ke Hospital Port Dickson untuk rawatan lanjut,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian di sini hari ini.

Beliau memberitahu, lima anggota tentera di dalam trak berkenaan hanya cedera ringan.

‘‘Kereta Proton Wira Aeroback dan Proton Waja berkenaan dalam perjalanan dari Port Dickson menuju ke Melaka.

‘‘Sementara itu, trak tentera dan dua buah lagi kenderaan yang terlibat dalam kemalangan itu dalam perjalanan dari Melaka menuju ke Port Dickson,” jelasnya.

Bagaimanapun, Baljeet berkata, punca sebenar kejadian masih dalam siasatan dan semua mayat mangsa dihantar ke Hospital Port Dickson untuk dibedah siasat.

Kongsi Konten di :

TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:53
Zuhur 1:19
Asar 4:33
Maghrib 7:25
Isyak 8:35



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.