saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 08/12/2010

Kembali bersama selepas 20 tahun


TIADA SENGKETA... Jamal Abdillah dan Ahmad Nawab bagaikan irama dan lagu.


SAMA ada sedar atau tidak, permulaan dalam kejayaan seni Jamal Abdillah banyak dibantu oleh komposer terkenal, Datuk Dr. Ahmad Nawab.

Sejak menjuarai Bintang RTM 1979, Jamal Abdillah atau nama sebenarnya Jamal Ubaidillah Ali, 51, namanya menuju ke puncak persada seni dengan hasil karya Ahmad Nawab.

Bermula dengan album pertamanya, Perpisahan Tanpa Relaku (1980), satu demi satu album Jamal yang diterbitkan komposer tersohor, Ahmad Nawab membantu menaikkan dan mengekalkan populariti penyanyi itu.

Bersama Ahmad Nawab, sebanyak enam album telah diterbitkan antaranya Derita Cinta (1981), Hatiku Luka Kembali (1982), Sendiri (1984) dan Sepi Seorang Perindu (1989).

Gandingan mereka berdua bagaikan irama dan lagu yang tidak boleh dipisahkan.

Antara Jamal dan Ahmad Nawab, mereka saling memerlukan untuk ke atas dan kekal di kedudukan mereka.

Namun tiada siapa menduga, setelah satu dekad bekerjasama, 'pasangan ideal' itu berpisah pada tahun 1990 gara-gara proses rakaman lagu Seniman Menangis yang dinyanyikan oleh Jamal Abdillah.

Entah di mana silapnya, selepas rakaman itu, Ahmad Nawab tanpa berselindung memberi kata putus bahawa itulah rakaman terakhir kerjasamanya dengan Jamal Abdillah.

No more recording! Itu yang terlontar dari bibir seniman terkemuka negara, Ahmad Nawab tatkala menyempurnakan rakaman lagu Seniman Menangis menjadi titik noktah kerjasama Jamal dan Ahmad Nawab.

Percanggahan pendapat yang berlaku serta sikap kurang sabar rupa-rupanya mencipta garis yang membuka jurang pemisah di antara mereka.

Sejak itu, Jamal dan Ahmad Nawab dikatakan saling berjauh hati antara satu sama lain. Malah, mereka tidak lagi bekerjasama untuk menghasilkan album baru.

Kini, setelah 20 tahun berlalu, ada yang tertanya-tanya apakah masih tersimpan dendam dan luka di hati Jamal mahupun Ahmad Nawab berikutan peristiwa dua dekad lalu?

Sebabnya, sejak peristiwa itu ramai yang membuat andaian sama ada Jamal Abdillah mahupun Ahmad Nawab sendiri saling mengelak untuk bertemu.

Baru-baru ini, Mega mengambil inisiatif mengatur pertemuan dua insan seni itu di kediaman Ahmad Nawab di Taman Melewar, Gombak, Selangor.

Dalam pertemuan lebih dua jam itu menyaksikan betapa irama dan lagu menemukan mereka kembali!

Sepanjang tempoh dua dekad lalu, inilah pertemuan yang menyaksikan keterbukaan dua pejuang seni itu mengimbau kembali kisah silam yang pernah menjadi bualan hangat suatu ketika dahulu.

"Hubungan kami tiada masalah. Apa yang berlaku dahulu hanyalah secara spontan. Memang benar apa yang orang kata bahawa kami berdua ini bagaikan irama dan lagu yang tidak boleh dipisahkan.

"Sebabnya ke mana sahaja Jamal pergi orang akan kata lagu-lagu yang banyak meninggalkan kesan nyanyiannya ialah lagu-lagu ciptaan saya," kata Ahmad Nawab.

Biarpun selepas kejadian itu populariti yang dikecapi Jamal sehingga kini tidak mampu dinafikan, peminat tetap merindui sentuhan lagu-lagu Ahmad Nawab yang dialunkan oleh penyanyi itu.

"Kami hanya berselisih pendapat ketika rakaman Seniman Menangis, tetapi tidaklah sampai tidak bertegur sapa," kata Jamal.

Bagi anak kelahiran Perak itu, tiada istilah mengelak untuk berjumpa dengan insan yang banyak menabur jasa padanya itu apatah lagi, resam hidup di dunia seni kemana-mana melangkah pasti akan bertemu jua.

Ahmad Nawab enggan beri lagu

Jamal yang dalam proses menyiapkan album terbarunya yang memuatkan rangkaian lagu-lagu lama yang diminati dan dinyanyikan semula olehnya, Jamal rupa-rupanya menanti air tangan daripada komposer terkenal itu.

Sayangnya, untuk album terbarunya yang bakal memuatkan lagu-lagu popular penyanyi terdahulu yang diminatinya, dia tidak memperoleh sebarang lagu daripada komposer terkenal itu.

"Saya minta lagu daripada abang Mad tetapi beliau kata tidak untuk album terbaru ini.

"Sebaliknya bakal bekerjasama dalam album saya yang akan datang," kata penyanyi yang cukup popular dengan lagu Penghujung Rindu itu.

Album yang diberi nama Raja Pop 2 itu dijangka bakal dipasarkan awal tahun depan.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.