saya nak baca ..

LUAR NEGARA


ARKIB : 09/12/2010

Robot Jepun gagal memasuki orbit Zuhrah

TOKYO 8 Dis. - Sebuah robot angkasa lepas Jepun gagal dalam misinya untuk memasuki orbit mengelilingi planet Zuhrah, lapor agensi angkasa lepas negara itu, hari ini, 200 hari selepas robot satelit itu dilancarkan dari Bumi.

Menurut rancangan, misi robot Akatsuki atau Subuh adalah untuk menjadi satelit pertama Jepun yang mengorbit planet lain selain Bumi.

Dikenali secara rasmi sebagai Planet-C Venus Climate Orbiter, robot satelit berbentuk kotak berwarna keemasan itu dilancarkan dari sebuah pusat angkasa lepas di selatan Jepun pada Mei lalu dilengkapi dua panel solar seperti pendayung.

Akatsuki memperlahankan kelajuannya dengan menterbalikkan enjinnya dan memasuki medan graviti Zuhrah semalam, apabila ia terputus hubungan dengan pusat kawalan darat di Bumi, menurut Agensi Penjelajahan Aeroangkasa Jepun (JAXA).

Robot itu dipercayai telah ditarik oleh daya tarikan graviti matahari dan kini dalam perjalanan untuk memasuki orbit matahari.

JAXA hari ini mengumumkan kegagalan misi robot itu, tetapi sejurus kemudian berkata, pihaknya menimbangkan satu lagi percubaan dalam tempoh tujuh tahun.

"Kami memulakan pergerakan untuk menempatkan robot Akatsuki ke dalam orbit Zuhrah pada pukul 8.49 pagi waktu Tokyo (waktu sama di Malaysia) semalam, tetapi mengesahkan kami gagal meletakkannya ke dalam orbit," menurut satu kenyataan JAXA.

Agensi itu menubuhkan sebuah pasukan petugas untuk menyiasat punca kegagalan itu.

Jepun melancarkan sebuah robot penjelajah Marikh pada 1998 tetapi JAXA membatalkan percubaan untuk meletakkan robot Nozomi atau Harapan itu ke dalam orbit pada 2003 selepas mendapati mustahil untuk mengatasi masalah teknikal.

Saiz dan usia Zuhrah sama seperti Bumi tetapi iklimnya jauh lebih mencabar, dengan suhu sekitar 460 darjah Celsius dan begitu banyak karbon dioksida iaitu gas rumah hijau utama di Bumi. - AFP

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.