saya nak baca ..

TERKINI


ARKIB : 09/12/2010

RTM diminta lakukan perubahan agar lebih menarik minat

09/12/2010 1:56pm

KUALA TERENGGANU 9 Dis. Warga Radio Televisyen Malaysia (RTM) perlu berani melakukan perubahan untuk memikat kembali minat rakyat, kata Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim.

Menurut beliau, intipati atau produk utama RTM iaitu berita, hal ehwal semasa dan hiburan yang dibekalkan sama ada menerusi saluran TV1 dan TV2 atau radio, juga perlu digarap supaya ia menarik selera golongan muda dan juga bukan Melayu.

"Zaman RTM memonopoli bidang penyiaran sudah berakhir, sekarang ini ada 32 stesen radio di bawah RTM dan ada 28 stesen radio swasta yang menandingi RTM setiap jam, katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita ketika melawat Stesen Penyiaran Kawasan Pantai Timur di Bukit Pak Apil, di sini, hari ini.

Beliau berkata, perkembangan semasa menjadi cabaran kepada warga kerja RTM yang perlu bijak mencari formula untuk memberi khidmat terbaik dan dalam masa yang sama meningkatkan pencapaian.

Katanya, di peringkat kementerian juga, pelan tindakan yang lebih agresif berhubung perkara itu telah dirancang untuk dilaksanakan bermula pada tahun depan.

"RTM kena ubah konsep untuk menawan kembali minat masyarakat seperti program Jelajah Kampus untuk tarik golongan muda dan memperkenalkan program bicara rakyat yang lebih menarik. Untuk itu, latihan-latihan juga akan diadakan untuk warga RTM, katanya.

Selain itu, sebagai cara memupuk semangat 1Malaysia di kalangan rakyat, beliau berkata slot dan program untuk bukan Melayu juga akan diperbanyakkan lagi mulai tahun depan.

"Sisipan untuk bukan Melayu seperti Cina dan India akan ditambah, selain itu kita juga akan paparkan corak hidup kaum minoriti dari Sabah dan Sarawak, tambahnya. Bernama

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:47
Zuhur 1:08
Asar 4:15
Maghrib 7:10
Isyak 8:19



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.