saya nak baca ..

MAHKAMAH


ARKIB : 10/12/2010

Lepas tembakan tanpa arahan

SHAH ALAM 9 Dis. - Seorang anggota polis mengaku melepaskan tembakan ke arah belakang kereta Proton Iswara yang dipandu oleh Aminulrasyid Amzah dilakukan tanpa arahan daripada mana-mana pihak.

Konstabel Mohd. Izham Mahayadin berkata, dia bertindak demikian atas inisiatif sendiri bagi memberhentikan kenderaan yang dipandu laju dan berbahaya oleh remaja berusia 15 tahun itu selain gagal mematuhi arahan polis.

Tembakan itu dilepaskan dari tingkap tempat duduk penumpang bahagian hadapan kereta peronda semasa mereka berpusing di Bulatan Kayangan, Seksyen 11 di sini.

''Posisi ketika itu jelas dan selamat. Tidak ada kereta orang awam dan kedudukan sasaran tembak adalah dekat. Selepas selesai menembak, saya nampak tayar bocor dan tangki keluar minyak.

''Keadaan di Bulatan Kayangan juga terang kerana banyak lampu jalan serta ada lampu sorot,'' katanya semasa menjawab soalan Timbalan Pendakwa Raya, Mohd. Dusuki Mokhtar pada sesi pemeriksaan utama yang memakan masa hampir tujuh jam sejak semalam.

Dalam kes itu, Koperal Jenain Subi, 48, didakwa menyebabkan kematian Aminulrasyid yang ditembak di kepala di Jalan Tarian 11/2 di Seksyen 11 di antara pukul 1.10 dan 2 pagi, 26 April lalu.

Dia dibicarakan mengikut Seksyen 304(a) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Menurut Mohd. Izham, dia bagaimanapun terkejut apabila mendengar bunyi tembakan dilepaskan daripada sebuah kereta peronda yang berada di belakangnya semasa mula memasuki Jalan Tarian 11/2.

Dia yang bertugas di Unit Kereta Peronda, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam berkata, bunyi kuat tembakan itu datang dari arah belakang sebelah kiri secara bertubi-tubi dan hanya terhenti dalam masa 20 saat.

Saksi pendakwa ke-28 itu berkata, pada ketika itu dia tidak mengetahui siapa yang melepaskan tembakan atau siapa anggota yang berada di dalam kereta peronda tersebut.

''Tugas saya pada masa itu mengekori kereta Proton Iswara dan menunggu ia terbabas untuk menangkap dua lelaki yang berada di dalamnya.

''Saya tidak menyangka tembakan dilepaskan sebab kereta Proton Iswara sudah terhoyong-hayang dan susah hendak lari lagi kerana tayar sudah pecah teruk.

''Dalam keadaan itu, saya tidak akan melepaskan tembakan lagi sebab apa yang saya lihat, kereta itu sudah rosak dan tidak boleh agresif lagi,'' katanya.

Selepas tembakan terakhir, jelasnya, kereta Proton Iswara masih bergerak tetapi dalam keadaan tayar belakang terhoyong-hayang manakala tayar depan masih stabil.

Sebaik sahaja kereta tersebut terbabas dan melanggar tembok pagar sebuah rumah, dia dan pemandu kereta peronda, Koperal Azhar Hashim berhenti di bahagian hadapan kenderaan terbabit.

Semasa menghampiri Proton Iswara dalam keadaan bersedia dengan memegang submesingan Heckler &Koch MP5 menghala ke bawah, dia ternampak Mohd. Azamuddin Omar cuba melarikan diri di belakang kereta.

Semasa cuba diberkas oleh Azhar, rakan Aminulrasyid itu meronta-ronta sehingga kedua-duanya terjatuh sebelum dia berjaya melepaskan diri.

''Saya beri arahan jangan lari dan Koperal Azhar berlari mengejarnya. Saya juga cuba kejar lelaki itu tetapi tidak dapat berlari laju sebab tapak kasut sebelah kanan tercabut. Kasut saya baru baiki, tapaknya tidak kuat.

''Semasa masuk ke Jalan Gamelan 11/2E, keadaan gelap dan lelaki itu tidak lagi kelihatan,'' jelasnya.

Apabila berpatah balik ke tempat kejadian, saksi ternampak pintu pemandu Proton Iswara terbuka dan Jenain sedang membuat pemeriksaan badan terhadap Aminulrasyid yang tertiarap di atas kerusi.

Katanya, Jenain kemudiannya menghubungi Bilik Gerakan Shah Alam untuk memaklumkan tentang kejadian itu serta meminta bantuan pihak ambulans.

Perbicaraan di hadapan Hakim Latifah Mohd. Tahar bersambung esok.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:49
Zohor 1:22
Asar 4:46
Maghrib 7:30
Isyak 8:44



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.