saya nak baca ..

SABAH & SARAWAK


ARKIB : 11/12/2010

Temuduga pengambilan veteran ATM

KUCHING 10 Dis. - Temu duga terbuka pengambilan veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bagi menyertai perkhidmatan pasukan polis akan diadakan di Balai Polis Kota Sentosa, Kuching pada 14 Disember ini.

Penolong Pengarah Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) ATM Cawangan Sarawak, Kapten Muhammad Jilli Asyraf Ubu berkata, selain itu, temu duga yang sama di negeri ini akan turut berlangsung di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sibu pada 18 dan 20 Disember.

Menurutnya, syarat-syarat untuk menyertai perkhidmatan PDRM itu terbuka kepada veteran ATM yang tidak berpencen sahaja, warganegara Malaysia serta berumur tidak melebihi 45 tahun pada hari temu duga.

''Bagi jawatan sebagai Konstabel Perkhidmatan Tetap, pemohon mesti lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu termasuk lulus ujian lisan.

''Selain itu, pemohon mesti menduduki SPM mengikut sistem terbuka dengan mendapat kepujian dalam dua mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu dan lulus empat mata pelajaran lain dalam satu peperiksaan atau dua peperiksaan bagi tempoh tiga tahun berturut-turut," katanya dalam kenyataan akhbar di sini hari ini.

Muhammed Jilli berkata, bagi kelayakan fizikal pula, pemohon perlu mempunya ketinggian sekurang-kurangnya 1.63 meter bagi lelaki dan 1.57 meter untuk wanita tanpa sepatu manakala berat sekurang-kurangnya 50 kilogram (lelaki) dan 46 kilogram (wanita).

Katanya, pemohon lelaki juga perlu cukup ukuran lilitan dada dengan keadaan biasa 81 sentimeter dan 86 sentimeter semasa menarik nafas manakala lulus ujian penglihatan bagi mata kiri serta kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V6/9 tanpa bercermin mata atau menggunakan cermin mata atau kanta lekap.

''Pemohon untuk kategori ini juga tidak cacat warna dan pendengaran serta diakui sihat oleh pegawai perubatan kerajaan termasuk pemeriksaan x-ray," ujarnya.

Dalam pada itu, beliau memberitahu, pemohon bagi jawatan sebagai Konstabel Perkhidmatan Sokongan pula perlu lulus ujian Penilaian Menengah Rendah (PMR) dengan mendapat kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia dengan gred C atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan termasuk lulus ujian lisan.

Selain itu menurutnya, pemohon juga mesti lulus subjek Matematik pada peringkat peperiksaan tersebut dengan gred D manakala kelayakan fizikal harus mempunyai ketinggian sekurang-kurangnya 1.57 meter bagi lelaki dengan berat 48 kilogram dan sekurang-kurangnya 1.52 meter serta 47 kilogram (wanita).

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:43
Zohor 1:04
Asar 4:26
Maghrib 7:01
Isyak 8:14



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.