saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 12/12/2010

Najib mahu Tun Ibrahim diberi rawatan terbaik

KUALA LUMPUR 11 Dis. - Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini meminta pasukan perubatan di Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan di sini memberikan rawatan yang terbaik kepada bekas Panglima Angkatan Tentera (PAT), Jeneral (B) Tun Ibrahim Ismail.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang menyampaikan pesanan Perdana Menteri ketika melawat Ibrahim di Wad Diraja hospital itu kira-kira pukul 7 malam ini berkata, langkah itu adalah sejajar dengan kedudukan beliau sebagai individu yang banyak berjasa kepada negara.

''Saya datang kerana menyampaikan salam daripada Perdana Menteri yang mengenali secara peribadi Tun Ibrahim dan beliau meminta saya memberitahu pasukan perubatan agar memberikan rawatan yang sebaik-baiknya," katanya selepas melawat tokoh itu selama kira-kira 15 minit.

Ahmad Zahid berkata, Ibrahim, 88, merupakan anak tempatan kedua yang dilantik sebagai PAT selepas Jeneral (B) Tan Sri Tunku Osman Jewa iaitu dari 1969 hingga 1977 dan beliau juga pernah berkhidmat dalam pasukan Force 136.

"Beliau dirawat di hospital ini sejak tiga bulan lalu kerana sakit tua," katanya.

"Saya memohon kepada semua pegawai dan anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) agar mendoakan Tun Ibrahim supaya terus sihat," katanya.

Ibrahim yang dilahirkan di Johor Bahru pernah berkhidmat sebagai Ketua Pegawai Kerja Majlis Gerakan Negara (Mageran) pada 1969.

Beliau telah menulis sebuah buku dalam bahasa Inggeris bertajuk 'Have You Met Mariam' iaitu mengenai kisah hidupnya yang diterbitkan pada 1984.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:39
Zohor 1:13
Asar 4:37
Maghrib 7:22
Isyak 8:36



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.