saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 12/12/2010

Pilih Kasih musim kedua bermula

KEHANGATAN program realiti pencarian pelakon pelapis, Pilih Kasih, sudah mula dirasai selepas bermulanya musim kedua malam tadi. Kompleks Penyiaran Tuanku Muhamad yang terletak di Senawang Negeri Sembilan kembali meriah apabila 16 bakat baru memperlihatkan kebolehan masing-masing.

Mereka terdiri daripada Raffamie Karama, 25, Ku Hariz, 25, Bil Azali, 18, Jay Iswazir, 28, Afiq Meadin, 20, Bodt Sharade, 23, Fizi Ali, 21, dan Yuswan Yunus, 23.

Bakat perempuan pula terdiri daripada Livonia, 19, Leyla Krisya, 20, Shasha Allkhred, 21, Nur Jannah, 23, Lia Natalia, 18, Kris Cempaka, 25, Rosana Ainudin, 24, dan Mira Amnas, 19.

Semua peserta ditugaskan untuk menyempurnakan tugas untuk tiga segmen iaitu drama, monolog dan teater. Semuanya dinilai oleh pengkritik terdiri daripada Aziz M Osman untuk aneka filem pendek, Erma Fatima (teater) dan Hamzah Tahir (monolog).

Kelainan Pilih Kasih musim kali ini juga melibatkan tenaga pengajar yang bertindak sebagai penyuntik semangat iaitu Fatimah Abu Bakar dan Ibrahim Ahmad dari Positive Mind Rosources untuk minggu orientasi.

Penerbit Pilih Kasih, Rosyam Noor memberitahu bahawa penonton diberi hak untuk menentukan siapakah empat peserta kegemaran mereka untuk sama-sama dipilih dalam kelompok 12 peserta pilihan juri profesional.

"Empat peserta pilihan itu terdiri daripada dua lelaki dan dua perempuan yang dilihat mempunyai potensi besar atau pakej tersendiri di kaca mata penonton," katanya dalam pertemuan Khamis lalu.

Pentas Pilih Kasih yang disiarkan secara langsung selama dua jam di TV2 itu mempertaruhkan kredibiliti Reza Mohamed sebagai pengacara solo. Juga Iesya Toh, pengacara Selamat Pagi Malaysia (SPM) di TV1 yang bertindak sebagai moderator Kisah Pilih Kasih. Pengalaman wanita berusia 26 tahun ini tidak perlu dipertikaikan kerana dia sememangnya berpengetahuan luas dalam hal isu semasa.

"Saya juga telah membuat pembaharuan dengan menyusun hala tuju perjalanan peserta Pilih Kasih musim ini. Mereka yang terpilih sebagai juara, tempat kedua dan ketiga bakal menerajui drama 26 episod berjudul Inspirasi Kasih yang bakal menjalani penggambaran pada Mac depan.

"Sebab itu, pihak juri lebih cerewet untuk memilih siapakah yang paling layak dinobatkan juara. Sistem undian dan penyingkiran masih diguna pakai setiap minggu. Cara ini paling relevan bagi menentukan kelayakan mereka untuk minggu selanjutnya," jelas Rosyam.

Untuk mengundi, penonton boleh berbuat demikian dengan menaip PKUNDI diikuti nama peserta dan hantar kepada 33199. Undian secara pukal juga boleh digunakan dengan menaip PKUNDI3/5/10 diikuti nama peserta dan hantar kepada 33199.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.