saya nak baca ..

EKONOMI


ARKIB : 14/12/2010

Pasaran sukuk dijangka terus berkembang


Nic Weston (kiri) menerangkan strategi lindung nilai dengan menggunakan produk berlandaskan syariah, di Kuala Lumpur, semalam. Di sebelah beliau ialah Hizamuddin Jamaluddin.


KUALA LUMPUR 13 Dis. - Pasaran sukuk dijangka terus berkembang tahun hadapan walaupun berlaku peningkatan pada kadar faedah, kata Pengarah Urusan International Treasury Services (ITS), Nic Weston.

Menurutnya, trend perkembangan positif sukuk pada tahun ini dijangka berterusan hingga ke tahun hadapan kerana permintaannya masih lagi tinggi.

"Sukuk yang diterbitkan di Malaysia dan Dubai sebelum ini mendapat sambutan di luar jangkaan dan ia memberi petanda yang baik terhadap industri ini.

"Walaupun begitu, kawalan harus dibuat terhadap peningkatan kadar faedah kerana boleh menjejaskan nilai dan permintaan sukuk jika berlaku peningkatan melampau," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas majlis pelancaran seminar dua hari mengenai strategi lindung nilai menggunakan produk Islam anjuran Bank Islam Malaysia Bhd. (Bank Islam) di sini hari ini.

Turut hadir Penolong Pengurus Besar Bank Islam, Hizamuddin Jamaluddin.

Weston berkata, langkah menaikkan kadar faedah kemungkinan menjadi trend pada tahun depan apabila bank-bank pusat di seluruh dunia membuat keputusan yang sama bagi menangani risiko domestik, sambil menyatakan China dan Australia telah memulakan trend itu.

"Bagi kitaran akan datang, kadar faedah kemungkinan dicatatkan lebih tinggi," katanya.

Weston berkata, sukuk adalah satu bentuk pelaburan yang menakjubkan di mana jika kadar faedah diturunkan, nilainya akan merosot jika kadar faedah berada pada trend meningkat.

"Jika kadarnya kemungkinan besar meningkat, bermakna anda perlu berhati-hati atau mempunyai satu pelan untuk melindung nilai bon dengan strategi lindung nilai," katanya.

Mengenai sama ada permintaan mendapatkan sukuk akan menjadi perlahan ekoran kadar faedah tinggi, Weston berkata: "Saya tidak merasa begitu kerana dalam keadaan peningkatan modal, ini adalah peluang baik bagi pelabur melebarkan asas modal dan meraih peluang di dalam pembiayaan sukuk.

Sebaliknya, para pelabur yang membeli sukuk perlu merasa selesa bagi melindungi nilai pelaburan masing-masing. Saya tidak merasa pasaran semestinya akan menjadi perlahan, katanya.

Sementara itu, Pengarah Urusan Bank Islam (M) Bhd., Datuk Seri Zukri Samat berkata, adalah penting bagi para pemegang dan pelabur produk pembiayaan pendapatan tetap yang lain untuk mempunyai akses terhadap penyelesaian lindung nilai bagi menangani cabaran di dalam keadaan persekitaran kadar faedah yang meningkat.

Di dalam teks ucapannya, Zukri berkata perhatian perlu turut diberikan terhadap pembangunan penyelesaian lindung nilai yang mematuhi syariah sejajar dengan pertumbuhan produk pembiayaan di dalam pasaran utama.

Teks ucapannya itu dibacakan Hizamuddin.

Zukri berkata, Bank Islam mempunyai empat penyelesaian lindung nilai yang mematuhi peraturan dan prinsip syariah iaitu Wiqa Forward Rate Agreement, Wiqa Cross-Currency Swap, Wiqa Islamic Profit Rate Swap dan Commodity Undertaking-i.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:42
Zohor 1:18
Asar 4:44
Maghrib 7:27
Isyak 8:43



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.