saya nak baca ..

FORUM


ARKIB : 15/12/2010

JAIS harus bertindak segera

Apabila terbaca artikel; "AJK jangan belakangkan nazir - Sultan" (Utusan Malaysia, 11 Disember 2010 - muka surat 6), saya terpanggil untuk memberi pandangan berkaitan masalah tersebut. Kemungkaran yang sering berlaku di masjid/surau boleh dibanteraskan jika semua pihak memainkan peranan masing-masing.

Jika ada penceramah yang tidak mempunyai tauliah diundang untuk berceramah di mana-mana masjid/surau, ahli kariah masjid/surau berkenaan hendaklah bertanggungjawab melaporkan perkara tersebut kepada pihak Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

Atas maklumat yang diterima daripada ahli kariah tersebut, pihak JAIS hendaklah melakukan siasatan dengan segera. Jika didapati laporan yang diterima itu benar, tindakan sewajarnya hendaklah diambil terhadap pihak AJK dan penceramah untuk mencegah kemungkaran terus berlaku.

Pada lazimnya, kebanyakan ahli kariah masjid/surau tidak bersetuju dengan apa-apa tindakan AJK masjid/surau jika mereka terang-terang melanggar undang-undang, arahan atau nasihat daripada JAIS, MAIS, lebih-lebih lagi daripada Baginda Sultan Selangor sendiri.

Tidak dinafikan bahawa ada di antara ahli kariah yang sanggup membuat laporan kepada pihak JAIS. Sering kali, hasil daripada laporan yang dibuat itu tidak memuaskan.

Perkara yang ditegur oleh Sultan Selangor sering berlaku kerana pihak JAIS tidak bertindak. Oleh kerana tidak ada tindakan dari JAIS, maka AJK masjid/surau amat yakin bahawa pihak berkuasa tidak akan mengganggu mereka.

Mereka tidak teragak-agak meneruskan pengingkaran arahan-arahan pihak berkuasa walaupun nasihat itu datang dari sultan.

Sebagai contoh, saya adalah seorang ahli kariah Masjid Bukit Jelutong, Shah Alam. Di Masjid Bukit Jelutong, AJK tidak membelakangkan Pengerusi, tetapi Pengerusi bertindak bersama-sama AJK.

Saya telah membuat laporan melalui emel yang dihantar terus kepada Pengarah JAIS pada 15 November 2010. Saya telah mengesyorkan agar pihak JAIS datang ke Masjid Bukit Jelutong pada malam 19 November 2010 dan bertindak ke atas AJK masjid dan penceramah yang tidak mempunyai tauliah untuk berceramah pada malam tersebut.

Adalah dikesalkan bahawa tidak ada sebarang tindakan daripada JAIS.

Emel yang saya hantar kepada Pengarah JAIS juga disalinkan kepada Pengerusi MAIS dan Pengerusi Masjid Bukit Jelutong. Salinan yang ditujukan kepada Pengerusi Masjid Bukit Jelutong dibuat dengan harapan beliau akan membatalkan kuliah pada malam itu.

Seperti mana yang saya sebutkan, AJK dengan penuh yakin bahawa pihak JAIS tidak akan bertindak dan ceramah pada malam itu diteruskan tanpa sebarang gangguan.

Pada malam 19 November itu penceramah tersebut telah mula menyuntikkan pengajian fahaman "Al-Ahbash" kepada para jemaah tanpa disedari oleh ramai di kalangan mereka yang mengikuti kuliah beliau.

Gerakan Al-Ahbash telah pun diharamkan oleh kebanyakan negara Islam di Asia Barat. Di negara-negara berkenaan, gerakan tersebut telah diisytiharkan sebagai sesat lagi menyesatkan.

Untuk makluman pihak JAIS, semua penceramah termasuk Imam II, Masjid Bukit Jelutong yang telah diundang/dijadual mengisi kuliah-kuliah Masjid Bukit Jelutong tidak mempunyai tauliah yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa negeri Selangor.

Pihak JAIS hendaklah bertindak serius agar nasihat/arahan Sultan Selangor dapat dipatuhi oleh semua pihak dengan lebih berkesan. Buat permulaan, datanglah ke Masjid Bukit Jelutong untuk menyiasat dan bertindak dengan sewajarnya.

Anak Kariah

Masjid Bukit Jelutong, Selangor

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:53
Zuhur 1:19
Asar 4:33
Maghrib 7:25
Isyak 8:35



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.