saya nak baca ..

JOHOR


ARKIB : 15/12/2010

Rombongan IPG KTI beramal di Kemboja


Mahasiswa dan pensyarah IPG KTI tekun mendengar taklimat sesi muhasabah diri di sebuah masjid di Phnom Penh, baru-baru ini.


JOHOR BAHRU 14 Dis. - Seramai 17 pelatih dan sembilan pensyarah daripada Fakulti Sains, Matematik, Kemahiran Hidup dan Bahasa Inggeris menyertai Program Solidariti Institut Pendidikan Guru Kampus Temenggong Ibrahim (IPG KTI) ke Kemboja baru-baru ini.

Yang Dipertua Jawatankuasa Perwakilan Pelajar ke-45, Malek Husaini Abdillah berkata, program itu bertujuan mengembangkan aktiviti pihaknya ke peringkat antarabangsa dan seterusnya menjulang serta mempromosikan nama IPG KTI di mata dunia.

"Program ini juga untuk membantu golongan minoriti Muslim yang memerlukan bantuan di negara tersebut," katanya kepada Utusan Malaysia di sini.

Seorang peserta, Nur Dayana Tajal Ariffin, 20, pula memberitahu, pihaknya turut mengadakan majlis ibadah korban di Kampung Choy Chenu Var di pinggir Sungai Mekong.

"Dua ekor lembu disembelih dan kita turut menyampaikan sumbangan sejumlah kita suci al-Quran, Iqra, Surah Yasin dan pakaian terpakai untuk diagih-agihkan kepada masyarakat setempat," katanya.

Sementara itu, Hazwan Serman, 22, pula berkata, pihaknya turut mengambil kesempatan menunaikan solat Jumaat di masjid di kampung tersebut dengan khutbah disampaikan dalam bahasa Melayu Cham bersama-sama penduduk setempat.

Menurutnya, selama beberapa hari berada di negara tersebut, pihaknya turut mengadakan kesempatan melawat ke tempat bersejarah termasuk Muzium Genocide yang ditukar menjadi pusat tahan perang semasa pemerintahan rejim Pol Pot.

Mereka turut meninjau Siem Reap menggunakan bas dan menyaksikan pelbagai kerenah kehidupan penduduk setempat.

Rombongan berkenaan turut tidak melepaskan peluang menyaksikan kemeriahan Pesta Air 2010 di Bandar Phnom Penh, katanya.

Beliau berharap supaya IPG KTI meneruskan program tersebut bagi membantu penduduk yang memerlukan sekali gus menaikkan imej institut berkenaan di mata dunia.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:40
Zohor 1:13
Asar 4:37
Maghrib 7:21
Isyak 8:35



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.