saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 16/12/2010

Funkerfm ke udara dari rumah


DJ Arin bersama rakan setugas di konti Funkerfm.


APABILA bercakap mengenai radio, kita mesti terbayangkan juruhebah atau penyampainya yang juga dikenali sebagai DJ bercakap sendirian dalam studio atau konti.

Di negara ini terdapat ratusan stesen radio dalam pelbagai bahasa untuk keperluan dan cita rasa setiap rakyat Malaysia.

Namun ia tentunya tidak sama dengan saluran radio Funkerfm yang merupakan radio Internet sepenuhnya.

Mungkin ramai yang bertanya apa bezanya Funkerfm dengan saluran-saluran radio lain yang juga boleh didengari melalui Internet?

“Bezanya kami boleh bersiaran di mana-mana sahaja,” jelas Pengarah Urusan Funkerfm, Mohd. Ariff Dan Wakiri, 37.

Uniknya Funkerfm katanya, ialah ia radio Internet 100 peratus.

Ia bukan radio frekuensi yang dipancarkan menggunakan gelombang tertentu dan perlu mempunyai stesen serta studio penyiaran.

DJ Funkerfm tidak memerlukan studio atau konti untuk ke udara. Walaupun hakikatnya mereka ada konti utama, tetapi dari rumah atau dari mana-mana tempat yang boleh bersendiri tanpa gangguan maka mereka sudah boleh bersiaran.

Malah menurut Mohd. Ariff , `konti’ mereka boleh berubah-rubah berdasarkan pergerakan dan keperluan para DJnya. Mereka boleh beroperasi dari bilik di rumah masing-masing atau dari bilik-bilik hotel.

Sebab itu para penyampainya boleh tinggal berselerak di seluruh negara. Mereka hanya bertemu jika perlu menghadiri mesyuarat bulanan ataupun mempunyai perkara untuk dibincangkan.

Kalau tidak perlu studio dan konti serta para penyampainya pula boleh berada di mana-mana sahaja, bagaimana radio ini berfungsi?

Jelas Mohd. Ariff atau lebih dikenali sebagai DJ Awie, disebabkan Funkerfm 100 peratus radio Internet, para petugasnya cuma memerlukan sebuah komputer riba bersama perisian khas untuk siaran, fon kepala bersama mikrofon dan yang paling penting adalah talian Internet.

“Sebab itu secara amnya kami boleh bersiaran di mana-mana sahaja. Asalkan mempunyai komputer riba, fon kepala dan talian Internet.

“Penyampai-penyampai kami tidak tinggal atau berkumpul di satu tempat yang sama.

“Malah mereka bersiaran dari Kuala Lumpur, Kedah, Terengganu, Negeri Sembilan, Pulau Pinang dan juga Selangor.

“Lagipun kesemua mereka ini merupakan penyampai separuh masa.

“Tetapi jangan salah faham, walaupun kami boleh ke udara dari mana-mana sahaja, ia tidak bermakna kami boleh bersiaran di kaki lima, kopitiam ataupun mana-mana sahaja.

“Kebiasaannya, penyampai-penyampai Funkerfm akan bersiaran dari dalam bilik, rumah masing-masing,’’ katanya.

Walaupun mereka tidak dipantau oleh pihak pentadbiran, ujar Awie, setiap penyampai Funkerfm tetap berdisiplin dengan berpakaian lengkap apabila ke udara dan tidak hanya sekadar berkain pelikat atau batik serta singlet.

Menurutnya lagi, sejak memulakan siarannya pada 14 Jun lalu, Funkerfm yang bersiaran 24 jam boleh diikuti di seluruh dunia.

Namun sudah tentu para pendengarnya tidak boleh mengikuti siaran radio ini daripada radio mereka ketika dalam kereta atau di rumah.

Tetapi ia boleh diikuti melalui laman web www.funker.fm melalui komputer peribadi ataupun komputer riba. Funkerfm juga boleh didengari melalui telefon pintar, BlackBerry dan iPhone.

Funkerfm didaftarkan dengan Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SSM) serta mendapat kebenaran untuk penyiaran daripada pihak-pihak yang berkenaan.

Mohd. Ariff yang sememangnya meminati bidang hiburan serta komunikasi dan teknologi maklumat (ICT) merupakan individu yang bertanggungjawab memperkenalkan Funkerfm bersama tiga lagi sahabatnya.

Pada peringkat awal ia hanya untuk suka-suka. Tetapi lama kelamaan, stesen radio Internet itu mula mendapat perhatian. Sehingga temu bual ini dilakukan pada 13 November lalu, ahli-ahli Funkerfm yang berdaftar adalah sekitar 700 pendengar. Pengikut di laman web sosial Facebook mencecah sehingga 10,000 orang.

Selain memutarkan lagu-lagu untuk hiburan pendengar. Funkerfm tidak ketinggalan menyalurkan pelbagai maklumat terutama mengenai berita terkini di Malaysia, gosip-gosip artis dan juga perkembangan fesyen.

Ada ketikanya, mereka turut menyiarkan secara langsung konsert-konsert yang diadakan seperti Konsert Kumpulan Meditasi yang diadakan di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Ia disiarkan secara langsung ke seluruh dunia dan sudah pasti mendapat sambutan yang menggalakkan daripada pendengar-pendengar terutama sekali yang tinggal di luar negara.

Funkerfm dikendalikan 100 peratus oleh anak tempatan. Ia juga tidak terlepas daripada pemantauan pihak-pihak berwajib dan kesemua lagu yang diputarkan ditapis terlebih dahulu sebelum ke udara.

Diperkuatkan dengan 10 orang penyampai radio yang berpengalaman seperti DJ Atung, DJ Affa, DJ Arin, DJ Zazs, DJ Gelap, DJ Nian, DJ Widy, DJ Eika dan DJ Tasya, Funkerfm adalah untuk pendengar-pendengar semua lapisan masyarakat.

Seperti stesen-stesen radio spektrum, Funkerfm bukan sahaja memberi maklumat serta hiburan malah ia turut membuka talian sama ada melalui panggilan atau pun khidmat pesanan ringkas (SMS) untuk komunikasi dua hala.

Tambah Mohd. Ariff, walaupun baru beroperasi lebih kurang enam bulan yang lalu, jumlah pendengar yang melayari laman web Funkerfm amat memberangsangkan.

“Alhamdulillah, setakat ini Funkerfm mempunyai pendengarnya yang tersendiri dan cara penyampai-penyampai kami berinteraksi dengan mereka juga berbeza.

“Seperti stesen-stesen radio yang lain, kami juga mempunyai pelbagai segmen. Setiap segmen yang ke udara, kami akan pastikan bahawa semua maklumat yang diberikan adalah benar. Adakalanya kami membuat kajian serta pemerhatian ke atas apa jua yang kami keudarakan.

“Selain itu, kami di Funkerfm juga berinteraksi dengan para pendengar dalam dua bahasa iaitu bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Secara tidak langsung ia juga dapat didengar oleh kaum-kaum lain selain Melayu,’’ ujarnya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:47
Zuhur 1:08
Asar 4:15
Maghrib 7:10
Isyak 8:19



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.