saya nak baca ..

KORPORAT


ARKIB : 16/12/2010

Celcom mahu buka 124 Blue Cube


Zalman Aefendy Zainal Abidin (tengah) bersama Chee Pok Jin (kanan) dan Ridwan Bakar melakukan gimik perasmian dengan mengangkat beg gergasi kempen Our Celcom Our Sale di Blue Cube, Pavilion, semalam. - Utusan/Panasonic-Lumix


KUALA LUMPUR 15 Dis. - Celcom Axiata Bhd. (Celcom) akan membuka 124 buah lagi cawangan pusat khidmat pelanggan Blue Cube melibatkan pelaburan berjumlah RM90 juta dalam tempoh dua tahun.

Penambahan itu bakal menyaksikan Celcom memiliki 200 buah cawangan Blue Cube di seluruh negara menjelang akhir 2012.

Ketua Pegawai Pemasarannya, Chee Pok Jin berkata, cawangan baharu ditempatkan di pusat membeli beli belah bandar-bandar utama seluruh negara.

"Penambahan cawangan bertujuan memberikan kemudahan terbaik kepada hampir 11 juta pelanggan setia Celcom di seluruh negara," katanya selepas majlis pelancaran kempen Our Celcom Our Sale di Pavilion di sini hari ini.

Turut hadir Pengarah Pemasaran Celcom, Zalman Aefendy Zainal Abidin dan Ketua C-Mobile (anak syarikat Celcom), Ridwan Bakar.

Sementara itu, Zalman Aefendy berkata, Celcom kini menerajui penyediaan perkhidmatan jalur lebar mudah alih tempatan dengan mempunyai lebih 800,000 pelanggan pada suku ketiga tahun ini.

Katanya, dengan pembukaan cawangan dan pelbagai kempen yang dilakukan pada suku keempat tahun ini, Celcom menyasarkan sejuta juta pelanggan bagi segmen itu sebelum akhir tahun ini.

Ditanya tentang kempen Our Celcom Our Sale, Zalman Aefendy berkata, keunikan kempen kali ini adalah pelanggan setia akan ditawarkan potongan harga RM500 apabila mahu membeli pelbagai telefon pintar mudah alih yang ditawarkan.

"Semua pelanggan Celcom layak menyertainya dengan hanya berbelanja RM10 untuk mendapat satu token.

"Token itu akan dikumpulkan sepanjang tempoh kempen untuk melayakkan pelanggan memperoleh potongan harga untuk telefon pintar sehingga RM500," jelasnya.

Tambahnya lagi, bagi menghargai pelanggan setia yang melanggan Celcom melebihi lima tahun, lima token akan diberikan secara percuma.

Kempen Our Celcom Our Sale diadakan pada 8 Disember dan akan berakhir pada 31 Mac tahun depan yang mana pelanggan boleh mula menukar token pada 15 Januari depan.

Pelanggan Celcom, kini boleh mendapatkan telefon pintar seperti Blacberry, Nokia, Samsung, Sony Ericsson dan pelbagai lagi dengan potongan harga sehingga RM500.

Pelanggan boleh menyemak jumlah token mereka melalui telefon mudah alih dengan mendail *118# dan *119# bermula hari ini.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:43
Zohor 1:04
Asar 4:26
Maghrib 7:01
Isyak 8:14



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.