saya nak baca ..

RENCANA


ARKIB : 16/12/2010

Profesor Ulung mengangkat martabat pemikir negara

ENAM bulan lalu, Majlis Profesor Negara ditubuhkan. Ia satu pengiktirafan kerajaan terhadap 1,550 profesor untuk menjadi intelektual awam dan pemikir negara.

Semalam, kedudukan profesor diangkat lagi melalui anugerah Profesor Ulung.

Kini semakin terserlah profesion pensyarah mempunyai kedudukan yang tinggi dalam masyarakat negara ini.

Ini sesuai dengan kedudukan golongan cerdik pandai dan pemikir demi kemajuan negara.

Nama tokoh yang dipilih sebagai Profesor Ulung telah diumumkan oleh Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin semalam.

Setiap penerima diberi elaun tambahan RM10,000 selain gaji bulanan gred tertinggi turus dan geran penyelidikan.

Seperti dinyatakan oleh Menteri Pengajian Tinggi, pelantikan Profesor Ulung ini merupakan tindakan proaktif kementerian selepas pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Majlis Perdana Perkhidmatan Awam Ke-11 pada Mac lepas bagi memperbaiki skim perkhidmatan akademik khususnya profesor.

Peranan dan aktiviti Profesor Ulung bukan sahaja dalam kelompok universiti sahaja tetapi boleh dimanfaatkan kepada institusi kerajaan, organisasi awam dan juga masyarakat.

Peranan ini sesuai dengan sifat Profesor Ulung yang dianggap sebagai milik negara. Sebab itu mereka patut mendapat layanan, sokongan dan dorongan dari kerajaan untuk terus menyumbang lebih banyak lagi penemuan kepada negara.

Mohamed Khaled sendiri pernah menyeru dan mengajak para profesor untuk keluar dari menara gading masing-masing dan tidak hanya menjadi 'super gurus' atau tertumpu kepada kemajuan kerjaya semata-mata, tetapi sebaliknya mengambil bahagian secara aktif dengan menawarkan kepakaran masing-masing dalam kehidupan bermasyarakat dan bernegara.

Dalam erti kata lain, mereka sewajarnya menjadi intelektual awam dan ikon keilmuan di tengah-tengah kelompok masyarakat.

Kita percaya dengan bekalan pengetahuan dan penguasaan ilmu yang dimiliki, para profesor di negara ini akan mempunyai status dan kedudukan yang tinggi dalam masyarakat yang tentunya menimbulkan rasa yakin dan percaya yang besar dalam penerimaan umum.

Malaysia sebenarnya memerlukan lebih ramai berstatus profesor kerana ia merupakan faktor kritikal kepada kejayaan mentransformasikan negara.

Gelaran profesor merupakan satu gelaran yang eksklusif, hanya mereka yang berilmu dan diiktiraf di kalangan rakan akademik sahaja yang dapat menggunakan gelaran tersebut.

Gelaran Profesor Ulung pula cukup istimewa, maka ia menjadi pendorong terbaru supaya lebih ramai ahli akademik meningkatkan kerjaya dan pemikiran mereka. Ia suatu usaha yang tidak sia-sia.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:53
Zohor 1:14
Asar 4:37
Maghrib 7:11
Isyak 8:25



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.