saya nak baca ..

PAHANG


ARKIB : 17/12/2010

PSKPP Kuantan juara kugiran 60-an


Ahli kugiran PSKPP cawangan Kuantan muncul juara Pertandingan Juara Kugiran 60-an di Bentong, kelmarin.


BENTONG 16 Dis. - Lagu Siti Haida dan Oh Fatimah membawa tuah kepada kumpulan muzik Persatuan Sukan Kebudayaan Perkhidmatan Pelajaran (PSKPP) Kuantan apabila dinobatkan sebagai juara Pertandingan Juara Kugiran 60-an, di sini semalam.

Pemuzik persatuan itu membawa pulang hadiah berupa hamper dan sijil penyertaan setelah menewaskan kumpulan PSKPP Bentong yang menduduki tempat kedua dan PSKPP Maran, ketiga.

PSKPP Kuantan mengatasi tujuh kugiran cawangan lain akan mewakili Pahang ke pertandingan Juara Kugiran 60-an peringkat Persatuan Sukan Kebudayaan Perkhidmatan Pelajaran Malaysia (PSKPPM), di negeri Perlis pada akhir Disember ini.

Dalam pertandingan itu, seorang kakitangan pelajaran PSKPP Bentong, Ruzaimi Mohd. Sani berjaya menawan hati juri apabila dipilih sebagai penyanyi terbaik, manakala Nik Mohd. Hairul Nik Yaakob daripada persatuan sama diangkat sebagai pemain gitar utama terbaik.

Pengurus Kugiran PSKPP Kuantan, Tengku Hishamuddin Tengku Muhammad berkata, kejayaan itu berbaloi setelah anggota berkenaan terdiri daripada guru dan kakitangan pelajaran giat menjalani latihan selama seminggu sebelum pertandingan itu berlangsung.

"Latihan ahli muzik kami berasaskan ciri lagu 60-an supaya tidak tersasar muzik dan irama asal.

"Seboleh-bolehnya, sebagai bekalan ke pertandingan akhir peringkat kebangsaan nanti, kita akan mengekalkan rentak, keaslian dan tempo asal lagu dan muzik tahun 60-an sekali gus menepati peraturan pertandingan," katanya ketika ditemui pada pertandingan itu.

Tengku Hishamuddin berkata, ahli kumpulan itu juga meneliti cara persembahan penyanyi tahun 60-an dan intonasi supaya sama dengan konsep serta peraturan muzik berkenaan.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.