saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 19/12/2010

Tragedi di Kampung Pisang


HKLBR pasti mengundang tawa penonton seisi pawagam.


MENERUSI filemnya sebelum ini, pengarah Mamat Khalid telah memaparkan kedamaian di Kampung Pisang tergugat apabila penduduknya diserang dengan mayat hidup atau zombi dalam Zombi Kampung Pisang.

Ini sebuah filem satira sosial yang mengambil pendekatan black comedy. Zombi Kampung Pisang kelihatan sebuah filem yang "mengarut" tetapi kritikan sosialnya cukup tajam.

Mengambil latar di kampung yang sama, kali ini Mamat menampilkan pula tragedi penduduk kampung ini kecoh dan kalut apabila diusik dengan misteri hantu Kak Limah.

Ini juga sebuah satira dan filem ini melampaui sebuah komedi seram kebanyakan filem Melayu. Filem Hantu Kak Limah Balik Rumah ternyata berjaya meletakkan standard Mamat Khalid yang begitu sinikal dalam karya-karyanya.

Sebagai sebuah karya satira, Mamat Khalid ternyata peka kepada isu dalam masyarakat dan memberikan perspektifnya. Walaupun Hantu Kak Limah Balik Rumah kelihatan melucukan tetapi pemahaman tentang filem ini memerlukan keseriusan. Isu sosial dalam filem ini suatu yang serius, cuma disampaikan dengan pendekatan komedi satira.

Ini berbeza dengan banyak filem komedi tempatan lain, kemampuan Mamat bermain dengan isu-isu kemasyarakatan dengan caranya tersendiri. Ini membuktikan ada sesuatu yang unik dalam dirinya.

Filem ini bukan sekadar menyajikan komedi, tetapi yang penting dalamnya adalah kritikan sosial tanpa meminggirkan nilai-nilai estetika sebuah karya filem. Mamat Khalid tidak mengkritik secara didaktik atau menyampaikan "syarahan".

Suatu yang menarik adalah sepanjang 95 minit tayangan, hampir semua penonton terusik dengan cara komedinya. Mereka tidak dapat menahan ketawa.

Dari awal hingga akhir, Mamat Khalid ternyata bijak mengaplikasikan segala idea dan kreativitinya sehingga hampir setiap baris dialog yang dilontar pelakon-pelakon dalam filem ini melekat di jiwa.

"Pelaris" filem ini tentulah menerusi dialog-dialog loghat Perak yang menjadi antara tarikan selain cukup sinonim dengan jati diri Mamat sendiri.

Selain itu, meski tidak sepenuhnya menampilkan barisan pelakon Zombi Kampung Pisang, filem ini sedikit pun tidak kelihatan cacat. Tambahan pula ini bukanlah sequel tetapi sekadar meminjamkan latar geografi dan sosial yang sama.

Malah tarikannya juga semakin bertambah apabila sesetengah watak dikembangkan lagi mengikut kesesuaian jalan cerita. Misalnya untuk watak Husin yang dipegang oleh Awie.

Kalau sebelum ini dia ditemani AC Mizal sebagai pelakon utama, filem ini pula menyaksikan watak Husin yang mampu berdiri sendiri sebagai tunjang utama filem.

Bahkan kekuatan Hantu Kak Limah Balik Rumah juga tidak akan lengkap tanpa kehadiran pelakon pembantu. Malah, boleh disifatkan sebagai sesuatu yang istimewa apabila watak Usop (Shy8), yang merupakan seorang bekas penari kebudayaan turut dikembangkan sebaris dengan watak Husin.

Bagi mereka yang sukakan lagu-lagu rock kapak, jangan khuatir, Mamat tidak lupa untuk menyelitkan beberapa buah lagu evergreen seperti Cinta Kristal, Stanza Sepi Sekeping Hati dan Di Ambang Wati sebagai halwa telinga penonton.

Kesimpulannya penonton pastinya tidak akan kering gusi tatkala menonton buah tangan terbaru Mamat ini yang sarat dengan sindiran dalam komedi ini. Hantu Kak Limah Balik Rumah membawa penonton mengikuti Husin yang telah lama bekerja di Singapura mengambil keputusan balik ke kampung halamannya, Kampung Pisang. Apabila pulang, Husin hairan melihat perangai pelik jiran sebelah rumahnya, Kak Limah langsung tidak bercakap dan rambut yang mengerbang. Dia juga mengalami kejadian menakutkan ketika mahu tidur.

Husin bergegas ke warung Pak Munawer, lalu menceritakan kepada orang-orang kampung yang mungkin Kak Limah sudah menjadi hantu.

Filem ini dibintangi oleh Awie, Johan Raja Lawak, Ummi Nazeera, Pekin, Shoffi Jikan dan Delimawati.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.