KELUARGA
ARKIB : 19/12/2010
Rahsia sentuhan magis Hussain
![]() |
|
BAYANGKAN ada dua majlis majlis persandingan berprofil tinggi memerlukan hiasan ribuan bunga segar dan ia perlu dilakukan kurang daripada dua hari. Bunyinya seperti tidak masuk akal, apatah lagi jika ia dilakukan oleh seorang lelaki yang akan menjadi perunding perkahwinan.
Namun, bagi pemilik nama Hussain Salleh dek minat yang mendalam, fasa pertama dalam proses menggubah bunga segar itu tidak pernah mendatangkan lelah kepadanya.
Malah semangat lelaki ini kian berkobar apabila melihat hasil kerjanya memberi kepuasan kepada orang lain.
"Memang nampak leceh tetapi saya puas hati apabila pelanggan menyukai hasil gubahan yang dilakukan. Lebih-lebih lagi ia akan menjadi penyeri majlis persandingan termasuk pelamin, meja makan beradab dan meja tetamu," ceritanya yang merupakan perunding perkahwinan rasmi hotel De-Palma.
Kenangan
Dewan besar De-Palma cawangan Shah Alam Selangor itu menggamit perhatian dengan susunan bunga segar dan perabot yang berlatarkan putih. Hasil kerja Hussain ternyata menyuntik kenangan indah untuk hiasan sebuah majlis ala Inggeris dan moden.
Menurut Hussain, konsep hiasan perkahwinan yang sering menjadi pilihan ialah Inggeris, empayar, fantasi, tradisional dan semula jadi.
Berbeza dengan konsep masyarakat dahulu, dekorasi sekarang lebih kepada idea cantik yang sederhana. Keluarga bakal pengantin perlu bijak dalam merealisasikan majlis persandingan impian mereka mengikut kemampuan masing-masing.
Tidak lokek berkongsi petua bunga gubahannya tampak indah dalam sesebuah majlis, Hussain memberitahu, pemilihan jenis dan warna bunga perlu dititikberatkan sebelum menggubah. Namun apa yang lebih penting, bunga perlu segar dan kembang.
"Namun mencipta dan mereka hias singgahsana atau pelamin yang unik serta lain daripada yang lain bukan kerja mudah. Justeru itu, perbincangan dengan keluarga pengantin amat penting. Ia memerlukan idea kreatif dan daya imaginasi tinggi selain kesanggupan untuk berbelanja lebih," ujarnya.
Atas dasar ingin mencari kelainanlah, kebanyakan dekorasi majlis perkahwinan rekaan Hussain banyak bermain dengan daun-daun dan bunga-bunga segar.
Biarpun terpaksa berbelanja lebih tetapi beliau puas kerana di situlah beliau dapat mengekalkan nilai-nilai eksklusif dalam setiap rekaannya.
"Bunga-bunga segar yang sudah digunakan tidak boleh diulang pakai untuk rekaan lain. Jadi setiap pelamin dan meja makan yang dihasilkan adalah eksklusif dan tidak akan sama dengan rekaan terdahulu," katanya yang banyak mengumpul pengalaman berkerja dengan perunding perkahwinan terkenal sebelum menceburi bidang ini secara profesional kira-kira 27 tahun lalu.
Hussain juga mempunyai pandangan tersendiri dalam melihat industri yang diceburi sekarang ini.
Katanya, di Barat pasangan pengantin berbelanja besar semata-mata untuk mengupah pereka perkahwinan atau wedding designer bagi merealisasikan majlis yang diimpikan khususnya bagi golongan berada.
Senario di Malaysia pula masih belum ke tahap itu walaupun kita mempunyai banyak perunding perkahwinan.
Kebanyakan pasangan pengantin lebih suka meniru rekaan-rekaan pelamin atau hiasan lain seperti yang mereka lihat dalam majalah dan sebagainya.
"Pasukan saya sentiasa berkerjasama dengan bakal pengantin untuk mereka cipta majlis perkahwinan yang diimpikan. Bukan sahaja untuk pengantin, malah meliputi kepuasan ibu bapa dan tetamu yang hadir," katanya.
Garapan idea yang segar dan terkini oleh Hussain mempu membuatkan setiap majlis perkahwinan yang dirancang seperti angan-angan menjadi realiti. Setiap karakter yang ditonjolkan dalam hiasan sama ada di pelamin, meja makan beradap atau keseluruhan dewan pasti menampilkan kelainan dan magis yang membuatkan seluruh tetamu dewan terpukau kerana kecantikan hiasan dalamannya.
Orang ramai yang inginkan maklumat lanjut mengenai pakej perkahwinan De-Palma boleh menghubungi Hussain di talian 012-6427313 atau Hanidah 03-55428080.
Ringkas dan moden kontemporari
Fadzlina bermula kosong
Kek kahwin ikut konsep
Sajian seantero dunia di Kontiki
Kisah hero kanak-kanak
Permainan bantu anak capai potensi
Didik anak dengan baik
Ragam hidup berjiran
Mitos mengenai cinta sejati
Akibat lupa tanggungjawab
#OOTD bukan sekadar fesyen
Hormati tudung yang dipakai
Barang lama orang muda
Tidak anggap diri alim
Qarmasutra bilik studio
Jamu mata, jamu selera
Berjaya selepas terima dugaan besar
Menyambung kerja anak
Buku masakan tingkap ke Gaza
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||












