saya nak baca ..

TERKINI


ARKIB : 20/12/2010

Bunuh pelajar: Remaja, bapa tiri ditahan bantu siasatan

20/12/2010 2:53pm

JOHOR BAHRU 20 Dis. Polis menahan seorang remaja lelaki dan bapa tirinya semalam bagi membantu siasatan pembunuhan seorang pelajar perempuan yang mayatnya ditemui di ladang kelapa sawit, di Parit Ju Darat, Tongkang Pechah dekat Batu Pahat pada Jumaat lepas.

Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff berkata, remaja berusia 14 tahun itu ditahan pada 6.15 petang semalam di Kampung Parit Singgahan, Seri Medan, Batu Pahat, manakala bapa tirinya, seorang buruh berumur 44 tahun, ditahan pada 8.45 malam semalam, di Kampung Tebing, Tongkang Pechah.

Kedua-dua mereka direman sehingga Isnin depan. Penahanan mereka menjadikan lima orang ditahan setakat ini bagi membantu siasatan kes itu.

Siti Mazni Abdul Rahman, 14, dijumpai mati tersembunyi di bawah timbunan daun-daun kelapa sawit pada 5 petang Jumaat lepas dengan satu kesan tikaman di badan. Bernama

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:41
Zuhur 1:01
Asar 4:23
Maghrib 6:59
Isyak 8:11



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.