saya nak baca ..

MUKA HADAPAN


ARKIB : 21/12/2010

'Lihat beberapa penumpang terpelanting ke tepi jalan'




IPOH 20 Dis. - Sungguh mengerikan! Itulah gambaran suasana kemalangan terburuk di negara ini membabitkan bas persiaran yang mengorbankan 25 pelancong warga Thailand dan dua rakyat tempatan di Kilometer 15, Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands di sini, hari ini.

Nahas ngeri itu disaksikan oleh seorang penumpang bas henti-henti Ipoh-Cameron Highlands yang ketika itu dalam perjalanan ke pusat peranginan tersebut.

Penumpang bas berkenaan, Mohd. Shafwan Mohd. Nan , 17, berkata, semasa kemalangan berlaku, bas yang dinaikinya berada tidak jauh dari tempat kejadian.

"Saya lihat ada beberapa penumpang termasuk seorang kanak-kanak terpelanting ke tepi jalan, selain ada mangsa menjerit kesakitan.

"Tidak lama kemudian pasukan penyelamat sampai dan mengeluarkan mayat penumpang dalam bas itu. Keadaan mayat sangat mengerikan kerana ada yang terputus anggota badan," katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Pembangunan Luar Bandar, Pembasmian Kemiskinan dan Perladangan negeri, Datuk Saarani Mohamad ketika ditemui semasa melawat Bilik Mayat Hospital Raja Permaisuri Bainun berkata, kerajaan negeri akan meminta Jabatan Kerja Raya (JKR) membuat siasatan rapi terhadap struktur jalan di tempat kemalangan.

Katanya, ini kerana sudah terlalu kerap kemalangan berlaku di tempat sama atau berdekatan.

Sementara itu, seorang penumpang warga Thailand yang terselamat, Iunthapa Chuchart, 53, berkata, kesemua mereka datang dari Bangkok untuk bercuti di Cameron Highlands sejak kelmarin.

Wanita itu yang parah di muka dan dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun berkata, ketika kejadian, mereka dalam perjalanan ke Kuala Lumpur dan dijadualkan menaiki pesawat pulang petang ini.

Iunthapa adalah antara 10 penumpang lain yang terselamat dan daripada jumlah mereka itu, tujuh dirawat di wad biasa, seorang di Unit Rawatan Rapi manakala dua lagi di zon kuning.

Kongsi Konten di :

TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:50
Zohor 1:22
Asar 4:46
Maghrib 7:30
Isyak 8:44



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.