saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 23/12/2010

Isteri Zainal Abidin Osman meninggal dunia

SHAH ALAM 22 Dis. - Isteri bekas Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Zainal Abidin Osman, Datin Shazarina Shamsuddin (gambar) meninggal dunia awal pagi ini di Hospital Selayang akibat barah hati dan paru-paru.

Shazarina, 46, menghembuskan nafas terakhir pada kira-kira pukul 5 pagi dan jenazah Allahyarham dibawa pulang ke kediamannya di sini pada pukul 8 pagi, kata Zainal.

Jenazah Allahyarham akan dibawa ke kampung halamannya di Parit Mahang, Kuala Selangor untuk dikebumikan selepas solat asar, katanya kepada pemberita ketika ditemui di kediamannya di sini.

Allahyarham meninggalkan empat orang anak iaitu Nadhir Ashafiq, Nabil Ashmawi, Najlaa Aina dan Nafiz Ashrani.

Sementara itu, isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor berkata, pemergian Allahyarham merupakan satu kehilangan besar kepada Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-Isteri Menteri dan Timbalan Menteri (Bakti).

Allahyarham merupakan ahli Bakti yang rajin dan sangat aktif dalam apa juga program yang dilakukan oleh Bakti, kata Rosmah selaku Yang Dipertua Bakti dan menurutnya Allahyarham merupakan kawan rapat.

"Kepada saya ini memanglah satu kehilangan yang amat besar kepada Bakti," katanya kepada pemberita selepas menziarahi jenazah Allahyarham.

Rosmah turut menyampaikan ucapan takziah bagi pihak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kepada suami Allahyarham.

Turut menziarahi jenazah Allahyarham ialah bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi dan isteri Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datin Seri Masnah Rais. - BERNAMA

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.