saya nak baca ..

POLITIK


ARKIB : 24/12/2010

Perkasa desak Nik Aziz letak jawatan elak rakyat ditindas

PASIR MAS 23 Dis. - Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) menggesa Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat supaya meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar Kelantan.

Presidennya, Datuk Ibrahim Ali berkata, gesaan itu dibuat berikutan keadaan kesihatan Nik Abdul Aziz yang sering terganggu dan gagal membawa sebarang perubahan biarpun telah mentadbir negeri ini selama 20 tahun.

Beliau berkata, sudah sampai masa Nik Abdul Aziz mengundurkan diri bagi mengelakkan rakyat di negeri ini terus ditindas dan tidak mendapat hak mereka seperti mana yang dinikmati di negeri-negeri lain.

"Nik Aziz sendiri mengaku tidak sihat dan hanya mentadbir melalui fikiran dengan memberikan arahan, bagi saya kalau sudah tidak upaya tidak payahlah mentadbir serahkan kepada orang lain kerana kalau ada fikiran tetapi tidak cergas ia tidak akan berfungsi dengan baik, lihat saja apa pembangunan yang dibawa di negeri ini.

"Sebagai contoh, Sultan Ismail Petra telah digantikan oleh anakandanya, Sultan Muhammad Ke-V kerana keadaan fizikal baginda yang terjejas akibat angin ahmar dan saya serta Nik Aziz menyokong, jadi perkara yang sama juga berlaku. Kalau dia (Nik Aziz) tidak sihat lebih baik serahkan kepada orang lain," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Penyampaian Hadiah Kepada 527 Pelajar 5A UPSR 2010 dan Kesyukuran Parlimen Pasir Mas di Sekolah Kebangsaan Dato Ibrahim II di sini hari ini.

Kesemua pelajar cemerlang terbabit menerima hadiah berupa wang tunai RM100, beg sekolah dan sijil penghargaan daripada beliau.

Sebelum ini, akhbar melaporkan biarpun keadaan kesihatan dan pergerakannya terbatas, Nik Abdul Aziz tetap bertegas untuk tidak melepas jawatan itu.

Nik Abdul Aziz dilaporkan berkata mentadbir sebuah negeri bukanlah menggunakan tubuh badan tetapi fikiran, justeru tugasnya adalah memberi idea kepada orang bawahannya mengenai perkara-perkara yang perlu dibuat.

Keputusan untuk terus kekal sebagai Menteri Besar itu juga dibuat kerana permintaan orang Pas sendiri yang masih memerlukan beliau untuk kekal memegang jawatan tersebut.

Ibrahim yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas berkata, Nik Abdul Aziz hanya mencipta pelbagai alasan untuk terus menjadi Menteri Besar kerana sudah merasa 'seronok' dengan kuasa yang dimilikinya.

Katanya, beliau tidak akan memohon maaf atas desakan tersebut dan merasa amat kesal dengan tindakan Nik Abdul Aziz yang tidak mengakui perjuangan Melayu biarpun ia untuk umat Islam.

"Saya tahu ramai orang akan marah tetapi saya bersikap tegas dan tidak memohon maaf kerana ini adalah kebenaran biarpun ia amat menyakitkan," katanya.

Tambah beliau, terlalu banyak masalah yang tidak dapat diselesaikan oleh Kerajaan Pas Kelantan tetapi mereka menggunakan Islam untuk menutup kegagalan itu.

"Contohnya, pagi ini saya menerima kunjungan daripada guru-guru agama Yayasan Islam Kelantan (YIK), di negeri terdapat kira-kira 2,000 orang guru di sekolah YIK.

"Masalah yang dihadapi mereka berkhidmat 20 sehingga 30 tahun tetapi tidak disahkan jawatan, syarat sah jawatan untuk mendapatkan pencen adalah 25 tahun, bila disahkan jawatan pada umur 50 tahun mereka akan menerima pencen hanya sekitar RM33 sehingga RM120, apa nak buat dengan banyak ini, makanan kucing pun lagi mahal dari itu," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:53
Zohor 1:20
Asar 4:36
Maghrib 7:26
Isyak 8:37



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.