saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 25/12/2010

Kerajaan perlu bantu atasi kemelut QSR, KFCH

KUALA LUMPUR 24 Dis. - Kemelut pemilikan QSR Brands Bhd. (QSR) dan KFC Holdings Bhd. (KFCH) memerlukan campur tangan kerajaan bagi memastikan salah satu daripada syarikat yang menjana ekonomi bumiputera tidak terlepas ke tangan pihak lain.

Pengerusi Biro Ekonomi dan Pembangunan Usahawan (BEPU) Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Sohaimi Shahadan berkata, campur tangan itu perlu kerana isu penjualan kedua-dua syarikat berkenaan tidak seharusnya timbul sehingga mendatangkan beberapa persoalan.

Tegasnya, adalah jelas QSR dan KFCH merupakan lubuk emas sehingga menampakkan tindakan untuk menjualnya sebagai keputusan yang aneh.

"Kenapa ia perlu dijual sedangkan umum mengetahui bahawa syarikat itu adalah lubuk emas. Apakah ada yang tidak kena atau terdapat tekanan dari pihak luar?

"Pasti ada sesuatu yang tidak kena berlaku dalam Johor Corporation (JCorp). Mungkin juga berlaku sesuatu yang aneh di luar JCorp yang memerlukan siasatan dan campur tangan dari kerajaan," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Isu itu mula hangat apabila sebuah akhbar berbahasa Inggeris mendakwa Bekas Pengerusi dan Ketua Eksekutif, Tan Sri Muhammad Ali Hashim terlibat dalam merancang penjualan QSR dan KFCH.

Bekas peneraju syarikat konglomerat itu mula menarik perhatian media pada tahun ini apabila beliau meletakkan jawatannya Julai lalu walaupun tempoh kontraknya berakhir pada bulan ini.

Kisah JCorp menarik perhatian korporat tempatan apabila anak syarikatnya Kulim Bhd. (Kulim) yang menguasai kepentingan dalam QSR menerima tiga cadangan pengambilan alih daripada pihak luar.

Bagaimanapun, kesemua cadangan pengambilan alih itu ditolak dan kemuncak kepada rentetan tersebut, Muhammad Ali bakal disingkirkan daripada kerusi Pengerusi Kulim dan KPJ Healthcare Bhd. dan Damansara Realty Bhd. menjelang mesyuarat agung luar biasa yang akan diadakan pada Januari ini.

Sohaimi menambah, Pemuda UMNO terpanggil untuk memperjuangkan isu berkenaan kerana lebih dua dekad lalu, perjuangan Pemuda UMNO Sungai Besi membolehkan KFC dimiliki oleh syarikat bumiputera.

Menurutnya, pada 1980-an, status halal restoran tersebut yang mendapat sambutan hangat diragui menyebabkan berlaku perkelahian dalam rali yang panjang sehingga memberi peluang Inovest dan Permodalan Nasional Berhad (PNB) memilikinya.

"Pemilikan bukanlah agenda utama tetapi hasrat melihat KFC mengamalkan status halal yang mutlak merupakan perjuangan Pemuda UMNO.

"Perjuangan itu bermula dengan kepentingan agama tetapi pemilikan ekonomi merupakan satu bonus. QSR dan KFCH mesti diselamatkan demi mengimarahkan ekonomi bangsa di samping memastikan status halalnya terjamin," ujarnya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:42
Zohor 1:18
Asar 4:44
Maghrib 7:27
Isyak 8:43



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.