saya nak baca ..

SABAH & SARAWAK


ARKIB : 25/12/2010

Terbakar: Lupa padam periuk nasi

KOTA KINABALU 24 Dis. - Kecuaian seorang penghuni di pangsapuri Cyber City yang terlupa mematikan suis periuk nasi elektriknya hampir menyebabkan kediamannya musnah dalam kebakaran, semalam.

Pegawai Perhubungan Awam Bomba dan Penyelamat negeri, Mohamad Nor Amit berkata, bagaimanapun, tindakan pantas pihaknya yang bergegas ke tempat kejadian sebaik sahaja dimaklumkan berjaya memadamkan api daripada terus merebak.

"Pihak bomba menerima panggilan daripada orang awam mengenai kebakaran itu pada pukul 4 petang. Setiba sahaja di tempat kejadian, kami dapati dapur rumah tersebut berasap dan periuk nasi elektrik terbakar," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini.

Mohamad Nor berkata, siasatan awal mendapati penghuni rumah yang dikenali sebagai Jude Gilop Sabuting meninggalkan kediamannya selepas memasak nasi menggunakan periuk elektrik.

Malangnya, suis automatik periuk nasi elektrik itu gagal berfungsi dengan baik dan menyebabkan berlaku kebakaran.

"Mujur jiran berdekatan yang melihat asap tebal segera menghubungi kami memaklumkan kejadian itu," ujarnya.

Menurut beliau, api berjaya dipadamkan sepenuhnya pada pukul 4.40 petang dengan bantuan jentera bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Kota Kinabalu, Lintas dan Penampang.

Sehubungan itu, Mohamad Nor mengingatkan kepada semua penghuni supaya tidak meninggalkan rumah dengan membiarkan peralatan seperti periuk elektrik atau seterika berpasang tanpa dimatikan suis.

"Hasil kajian kami, seterika, periuk nasi dan pemanas air elektrik merupakan penyumbang yang tinggi kepada kes-kes kebakaran," katanya lagi.

habis

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:43
Zohor 1:19
Asar 4:45
Maghrib 7:28
Isyak 8:44



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.