saya nak baca ..

RENCANA


ARKIB : 27/12/2010

Takut 1Malaysia, Utusan Malaysia

KITA sekarang dalam minggu terakhir tahun 2010. Pastinya banyak kenangan suka duka yang dilalui sepanjang tahun ini. Ketika detik-detik akhir 2010, tragedi demi tragedi yang mengorbankan banyak jiwa dilaporkan.

Bagi dunia politik, ia semakin menarik perhatian lebih-lebih lagi DAP yang sejak dulu tidak pernah lupa membuat ramalan mengenai tarikh pilihan raya umum (PRU). Tilikan DAP kali ini ialah PRU akan diadakan tahun depan, mungkin bulan Mac 2011.

Turut menarik perhatian tentulah ‘politik budak-budak’ atau ‘politik keanak-anakan’ yang ada ketikanya tidak menggambarkan demokrasi telus dan tulen seperti prinsip perjuangan yang dilaung-laungkan oleh gabungan DAP-Pas-PKR. Pembaca boleh rujuk prinsip perjuangan pakatan itu melalui ucapan YAB Tuan Lim Guan Eng, Ketua Menteri Pulau Pinang semasa konvensyen pakatan itu di Kepala Batas pada 19 Disember lalu.

Apakah maksud kebudak-budakan itu?

Tentulah isu berkaitan tindakan kerajaan negeri Selangor yang mengharamkan logo 1Malaysia dalam iklan dan papan tanda di negeri itu. Kenapa perlu diharamkan?

Pelik tapi benar. Itulah keputusan kerajaan negeri pimpinan PKR-DAP-Pas Selangor.

Menurut Bernama, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan Selangor, Ronnie Liu mengumumkan pengharaman itu kerana mendakwa konsep 1Malaysia bermotifkan politik dan sekaligus bertentangan dengan undang-undang kecil pihak berkuasa tempatan (PBT) yang melarang mempamerkan iklan yang berbaur politik.

Tetapi laporan The Star pada Jumaat lalu menimbulkan persoalan adakah tindakan sebuah kafe menggunakan lambang roket tidak berbaur politik? Untuk makluman, roket adalah simbol DAP.

Budak-budak pun tahu mengenai 1Malaysia, konsep Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan. Ia bukannya lambang dacing. Tidak ada di logo 1Malaysia itu lambang UMNO, MCA, MIC, Gerakan atau PPP. Harap-harap, selepas ini jangan pula kerana takutkan 1Malaysia, ada usaha untuk mengharamkan kereta yang memasang pelekat 1Malaysia memasuki Selangor. Begitu juga jangan pula mengharamkan t-shirt, topi, kad Touch’nGo atau apa sahaja yang tertera logo 1Malaysia berlegar di Selangor. Kalaulah berlaku juga, maka jangan terkejut ada orang awam yang terpaksa menanggalkan baju berlogokan 1Malaysia atau terpaksa balik menukar baju untuk berurusan dengan pegawai-pegawai kerajaan negeri.

Sekali lagi persoalan kenapa takut dengan logo atau iklan sebegini?

Pembaca boleh selak kembali apabila pada Februari lalu, poster Perdana Menteri, Najib Tun Razak sempena majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina Peringkat Kebangsaan di Pandamaran, Selangor terpaksa diturunkan. Alasannya kerana tidak ada permit. Tetapi selepas BN memohon permit, hanya poster bersaiz kecil diluluskan.

Apa salahnya poster seumpama itu diberi perhatian kerana ia melibatkan acara di peringkat kebangsaan? Adakan papan tanda seperti Hapuskan ISA, Kembalikan Hak Air, Membangun bersama Islam boleh dikategorikan sebagai berunsur politik kerana idea itu datang daripada parti politik? Begitu juga dengan bendera parti yang dipasang seolah-olah akan diadakan pilihan raya kecil atau PRU. Laporan akhbar tempatan baru-baru ini menyebut mengenai bendera besar Pas yang berkibaran di jalan raya di satu kawasan di Kajang dibiarkan tanpa tindakan oleh PBT. Bendera ini umpama ‘iklan’ berbaur politik. Kita bukan berada pada musim pilihan raya.

Sebenarnya banyak perkara lain yang boleh diberi perhatian oleh PBT. Bukannya takut dan cemas dengan logo 1Malaysia yang sebelum ini cuba dikaitkan dengan One Israel.

Contohnya PBT boleh menumpukan usaha menurunkan papan iklan bahasa rojak, tidak mengutamakan Bahasa Malaysia, restoran/kedai yang menyalahgunakan logo halal, premis menjual arak secara terbuka, membersihkan lalang atau rumput di pinggir jalan yang hidup subur, menanggalkan iklan pinjaman wang tidak berlesen, memastikan kelab malam atau hiburan tidak bebas beroperasi dengan GRO gadis bawah umur dan pendatang asing yang berkeliaran mencari pelanggan. Inilah kerja ‘orang dewasa’ yang lebih berfaedah daripada takut dan cemas pada logo atau papan tanda yang membawa mesej baik tanpa ‘ada udang di sebalik batu’.

Mungkin hasil 1Malaysia, di Stadium Nasional malam tadi bergema Malaysia Boleh bagi menunjukkan perpaduan masyarakat pelbagai kaum ketika memberi sokongan kepada pasukan Malaysia menentang Indonesia pada final pertama Piala Suzuki AFF.

Sindrom takut bukan setakat kepada 1Malaysia tetapi juga terhadap Utusan Malaysia.

Sejak selepas PRU lalu, kerajaan Selangor pimpinan PKR-DAP-Pas juga takut dengan Utusan Malaysia. Ada kempen boikot mengenainya. Begitu juga di Pulau Pinang. Baru-baru ini, ketakutan itu dibangkitkan lagi dalam konvensyen pakatan itu. Penulis tidak mahu ulas panjang mengenai isu ini.

Cukuplah penulis perturunkan sedutan ucapan Tuan Lim Guan Eng (Tuan di sini bukanlah mengenai tuan dan hamba seperti isu ketuanan Melayu tetapi Tuan yang digunakan pada poster Ketua Menteri).

Ucapan Guan Eng antara lain ialah:

“Akan tetapi Program 100 Hari bukanlah untuk semua orang. Bukan untuk orang yang menentang konsep kerajaan berjiwa rakyat, melawan martabatkan rakyat dan memusuhi ketuanan rakyat. Program 100 hari ini adalah untuk rakyat Malaysia sebenar, tulen dan watan – the real Malaysians.

“Siapa rakyat Malaysia sebenar ini yang sering dilupakan oleh media massa dan kerajaan BN? Sebelum mengenal pasti mereka, kita harus dulu menyatakan siapa yang bukan Malaysia sebenarnya. Who are not the real Malaysians?

“Saya ingin mula dengan mereka yang hanya tahu benci-membenci dengan menggunakan fahaman eskstrimis baik aspek kaum, jantina mahupun agama. Golongan yang hanya tahu mendisrkiminasi, menganiayai dan merendahkan orang lain malah meraikan peristiwa berdarah 13 Mei bukanlah rakyat Malaysia sebenar. Kebanyakan mereka pendokong dan peminat Utusan Malaysia dan BN yang hanya peralatkan isu 3R (race religion raja).

“Satu lagi golongan yang bukan real Malaysians adalah yang tamak haloba di mana demi godaan wang rasuah atau yang lain rela menjualkan segala-galanya. Tambah pula kaki fitnah dan tohmah, golongan mata duitan, materialism dan penipu ini bukan juga rakyat Malaysia sebenar. Kita tidak boleh pertimbangkan suatu lagi golongan yang hanya mahu syok sendiri atau suka tunjuk pandai. Kalau tak diberikan tempat atau ikut nafsu jahat mereka, maka mereka akan lompat atau belah sahaja.

“Yang kesemua ini bukan rakyat Malaysia sebenar, mereka ini Malaysia Celup or pseudo-Malaysians.

“Rakyat Malaysia yang sebenarnya adalah rakyat biasa yang pentingkan hak ekonomi dan masa depan agar kehidupan mereka bukan sahaja lebih senang tetapi masa depan untuk anak-anak lebih cerah dan baik.

“Saya percaya rakyat Malaysia sebenar mahukan sebuah masyarakat aman, tenteram dan penyayang serta menyokong prinsip keadilan, kebenaran, kebebasan, kebajikan dan ketakwaan kepada Tuhan.

“Rakyat Malaysia sebenar mahukan keadilan dan kedaulatan undang-undang agar kita dilayani secara sama rata. Yang mereka akan lebih sanjung bukanlah pemimpin individu yang berwibawa tetapi sistem yang berkesan.’’

Begitulah sedutan ucapan Guan Eng mengenai Utusan Malaysia dan rakyat Malaysia yang sebenar.

Pembaca boleh buat ulasan sendiri.

Tetapi Selak sekadar ingin meminjam sedikit kata-kata Guan Eng yang turut terkandung dalam ucapan itu.

Kata Guan Eng: Hentilah cakap-cakap kosong. Marilah kita berusaha dan bekerja gigih.

Selamat tinggal 2010.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:41
Zuhur 1:01
Asar 4:23
Maghrib 6:59
Isyak 8:11



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.