saya nak baca ..

KAMPUS


ARKIB : 27/12/2010

Kolej YPC-IT Web beroperasi 2011

KAMPUS tetap Kolej Teknologi Yayasan Pendidikan Cheras (Kolej YPC-IT WEB) yang dibina di atas tanah seluas enam hektar di Taman Maluri, Cheras bernilai RM32 juta jangka memulakan operasi pada Januari ini.

Pengerusi YPC, Datuk Wira Syed Ali Alhabshee berkata, projek berkenaan berada di tahap 95 peratus siap.

Beliau berkata, pelajar YPC akan dapat menikmati kemudahan yang serba lengkap bangunan lima tingkat ini seperti makmal, dewan dan bilik kuliah, alatan terkini komputer dan perpustakaan.

Bangunan itu turut dilengkapi bilik untuk setiap pensyarah, makmal perubatan, bilik seminar dan kelengkapan lain.

"Seperti yang diketahui, bangunan kedai Kolej YPC - IT WEB yang diduduki sekarang adalah kampus sementara. Setelah bangunan baru itu siap, kami akan berpindah ke sana.

"Bangunan tersebut itu juga mampu menampung kira-kira 2,500 hingga 3,000 pelajar selain dilengkapi asrama, pusat kegiatan pelajar dan pusat sukan," katanya ketika ditemui di sini baru-baru ini.

Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif Kolej YPC- IT WEB, Dr. Noel Robert.

Majlis pecah tanah pecah kampus itu telah disempurnakan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin pada 6 Disember 2009.

Syed Ali Alhabshee menambah, pembinaannya juga dapat membantu meningkatkan jumlah pengambilan penuntut untuk mengikuti program diploma dan ijazah di sini.

Jelasnya, sejak kolej tersebut beroperasi pada 2001 hanya 50 penuntut sahaja ditempatkan dan mengikuti pengajian kampus tersebut.

"Tetapi setelah enam tahun beroperasi akhirnya kami telah berjaya meningkatkan jumlah pelajar seramai 700 orang sehingga hari ini.

"Dengan adanya bangunan baru nanti, kami dapat menambah bilangan kemasukan penuntut kepada 3,000 orang untuk tempoh setahun," katanya.

Menyentuh mengenai bilangan penuntut, Syed Ali Alhabshee, Kolej YPC- IT WEB tidak pernah mengehadkan kemasukan pelajar tempatan.

Ujarnya, mana-mana penuntut yang berkelayakan berhak untuk belajar di Kolej YPC- IT WEB dan setakat 2010 kolej itu telah melahirkan 1,200 graduan.

Syed Ali menambah, penambahan bangunan dan ruang pembelajaran amat mustahak kepada tenaga pengajar dan penuntut bagi meningkatkan kecemerlangan warga pusat pengajian itu.

"Ini bagi membolehkan tenaga pengajar menjalankan penyelidikan kerana tanpa penyelidikan, akademik universiti tidak akan meningkat dan seseorang pensyarah itu sukar untuk diketengahkan.

"Begitu juga dengan para penuntut. Setakat ini bilik untuk mereka membuat praktikal terhad. Saya harap dengan pembinaan bangunan baru, semua masalah dapat diatasi," katanya.

Dalam pada itu, Syed Ali berkata, YPC memperuntukkan RM1 juta biasiswa untuk pelajar mengikuti pengajian di kolej iru yang datang dari keluarga berpendapatan rendah.

"Biasiswa tersebut ditaja sepenuhnya YPC bagi pelajar mengikuti peringkat asas selama satu tahun dalam kursus Perniagaan dan Teknologi Maklumat di kolej tersebut sebelum meneruskan pengajian ke peringkat Ijazah.

"Selepas menamatkan program kursus asas, pelajar-pelajar berkenaan berpeluang melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Sains (Kepujian) Teknologi dan Pengurusan E-Perniagaan (3 + 0) dengan kerjasama Universiti John Moores Liverpool, United Kingdom (UK)," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:51
Zohor 1:13
Asar 4:36
Maghrib 7:09
Isyak 8:24



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.