saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 28/12/2010

Memorandum kongsi kepakaran siasat kes kejuruteraan


Zakaria Jaafar (dua dari kiri) dan Tan Swee Kee (dua dari kanan) menyaksikan pertukaran memorandum antara Mohd. Jamidan Abdullah (kiri) dan Dr. Ch'ng Guan Bee di Putrajaya, semalam.


PUTRAJAYA 27 Dis. - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memeterai memorandum kerjasama dengan Kumpulan Ikram Sdn. Bhd. (Ikram) dalam bidang forensik kejuruteraan bagi mempercepatkan penyiasatan kes-kes kejuruteraan termasuk yang berprofil tinggi dan berkepentingan awam.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pengurusan dan Profesionalisme) SPRM, Datuk Zakaria Jaafar berkata, perjanjian yang ditandatangani pada hari ini membolehkan perkongsian kepakaran di antara kedua-dua pihak dapat meningkatkan kemampuan membanteras rasuah dalam aspek kejuruteraan.

Beliau berkata, Bahagian Operasi Khas yang ditubuhkan untuk menyiasat kes-kes berprofil tinggi dan berkepentingan awam telah menyiasat kontrak kerja yang bernilai RM2.7 bilion sejak mula beroperasi pada Jun lalu.

''Dalam menjalankan kes-kes sebegini (berprofil tinggi dan berkepentingan awam), SPRM berdepan dengan pelbagai masalah seperti aktiviti memanipulasi akaun dan penyelewengan kerja-kerja kejuruteraan.

''Diharapkan kerjasama dengan Ikram dapat membantu SPRM mempercepatkan tempoh siasatan kes-kes seumpama ini," katanya ketika berucap dalam majlis menandatangani Memorandum Kerjasama Forensik Kejuruteraan dan Pembinaan Kapasiti antara SPRM dengan Ikram di sini hari ini.

Memorandum tersebut ditandatangani oleh Pengarah Operasi Khas SPRM, Datuk Mohd. Jamidan Abdullah dan Pengarah Pusat Forensik Kejuruteraan dan Perkhidmatan Perundingan Ikram, Dr. Ch'ng Guan Bee.

Memorandum itu membolehkan Ikram bekerjasama dengan SPRM dalam bidang perundingan kejuruteraan forensik dan pembangunan modal insan.

Dalam pada itu, Ketua Eksekutif Ikram Training, Tan Swee Kee berkata, siasatan forensik kejuruteraan akan melibatkan setiap peringkat dalam kitar hayat sesuatu projek pembinaan.

''Ia melibatkan enam peringkat iaitu perancangan, reka bentuk, perolehan, pembinaan, penyerahan dan penyelenggaraan.

''Selain itu, kitar hayat pengurusan kemudahan aset pula melibatkan 10 peringkat dari peringkat perancangan aset hingga ke pelupusan aset," katanya.

Beliau berkata, Ikram mempunyai kepakaran dalam semua disiplin kejuruteraan serta lengkap dengan semua kemudahan makmal yang diperlukan.

''Antara penyiasatan forensik kejuruteraan yang dilaksanakan termasuk kegagalan cerun di Bukit Antarabangsa dan Putrajaya, keruntuhan pasar raya Jaya di Petaling Jaya serta penilaian keadaan semasa bangunan Parlimen," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:51
Zohor 1:23
Asar 4:45
Maghrib 7:30
Isyak 8:44



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.