saya nak baca ..

KORPORAT


ARKIB : 28/12/2010

Sah, tiada hasrat menjualnya

KUALA LUMPUR 27 Dis. - Johor Corporation (JCorp) hari ini menegaskan pihaknya tidak berhasrat untuk menjual aset-aset berharga iaitu QSR Brands Bhd. (QSR) dan KFC Holdings (M) Bhd. (KFCH), yang dipegang melalui anak syarikatnya Kulim (M) Bhd. (Kulim)

Sebaliknya, Presiden dan Ketua Eksekutif JCorp, Kamaruzzaman Abu Kasim menegaskan QSR dan KFCH akan kekal sebagai aset berharga dan strategik bagi JCorp.

''QSR dan KFCH bukan untuk dijual. Seperti yang sedia maklum dalam pasaran, ia adalah aset berharga kami.

''Justeru, ia bukan satu keputusan perniagaan yang wajar untuk melepaskan 'perniagaan tunai' ini memandangkan kami akan berdepan dengan kesukaran untuk mencari pelaburan alternatif yang memberikan pulangan yang sama atau lebih baik,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Kamaruzzaman menambah, JCorp terlibat perniagaan restoran makanan segera pada tahun 2006 dan sejak itu ia telah menyaksikan pertumbuhan pesat dalam perolehan dan untung sebelum cukai masing-masing pada kadar purata 13.8 peratus dan 3.7 peratus setahun.

Tambah beliau, perolehan daripada segmen itu telah menyumbang secara signifikan, sebanyak 47.5 peratus dan 44.1 peratus masing-masing kepada perolehan dan keuntungan Kulim bagi tahun kewangan berakhir 2009.

''Jadi adalah tidak munasabah untuk JCorp menjual perniagaan teras kami ini," katanya.

Beliau yang baru dilantik menerajui JCorp menambah, anak syarikat milik Kerajaan Negeri Johor itu memiliki sebilangan aset berharga di dalam kumpulannya, walaupun ia tidak menguasai secara langsung kebanyakan daripada aset-aset tersebut.

JCorp mempunyai 53 peratus pegangan dalam Kulim yang memegang 57.5 peratus kepentingan QSR. QSR pula mempunyai 50.6 peratus pegangan di dalam KFCH.

Kulim dan QSR telah mengumumkan kepada Bursa Malaysia pada 29 November lalu yang kedua-dua aset ini akan kekal dalam kumpulan JCorp.

Bagi perniagaan QSR, terdapat pertumbuhan positif yang signifikan dalam industri makanan halal yang dianggar bernilai melebihi RM7 trilion setahun untuk menampung permintaan kira-kira 1.8 bilion umat Islam di dunia.

"Secara komersialnya, pertumbuhan pasaran pengguna Islam adalah yang paling pesat di dunia.

''Pasaran halal merupakan pasaran yang menguntungkan dan berpengaruh di dunia ketika ini, dan KFCH mahu turut memanfaatkan peluang ini," jelasnya.

Justeru, kedua-dua QSR dan KFCH akan terus kekal sebagai entiti strategik dalam JCorp, di samping sebagai pemangkin pertumbuhan untuk Kulim dan JCorp, kata Kamaruzzaman.

Berikutan itu, beliau menaruh harapan kenyataan itu dapat menghentikan sebarang spekulasi mengenai hasrat JCorp untuk menjual aset-aset strategiknya seperti QSR yang memiliki KFC Holdings bagi menjelaskan hutang syarikat.

Mengenai hutang JCorp sebanyak RM3.6 bilion yang perlu dijelaskan sebelum 31 Julai 2012, Kamaruzzaman berkata, perancangan telah ada untuk menanganinya dan akan dilaksanakan di bawah program transformasi JCorp.

"CIMB Bank dan Maybank telah dilantik sebagai penasihat kewangan dan kedua-dua bank ini adalah pemberi pinjaman terbesar kami, yang memiliki sebahagian besar daripada RM3.6 bilion bon yang perlu dijelaskan pada 2012," tambahnya.

"Kewajipan hutang kami masih terkawal dan kami tidak mempunyai masalah untuk melunaskannya.

''Oleh itu, spekulasi berkenaan hasrat syarikat untuk menjual aset-aset berharga dimulakan oleh individu-individu berniat tidak baik," jelas beliau sebagai menafikan spekulasi kemungkinan JCorp akan menjual QSR dan KFCH untuk membiayai hutang.

Sementara itu, di Labis, Pengerusi Johor Corporation (JCorp), Datuk Abdul Ghani Othman turut menegaskan, KFCH dan QSR tidak akan dijual kepada pihak lain.

Beliau yang juga Menteri Besar menegaskan, isu penjualan KFCH dan QSR yang hangat diperkatakan kini juga tidak pernah berbangkit dan ura-ura JCorp akan menjualnya adalah tidak benar.

"Saya sebagai Pengerusi dan juga Ahli Lembaga antara yang paling komited untuk mempertahankan KFCH dan QSR untuk kekal sebagai milik JCorp.

"Soal yang berbangkit kebelakangan ini, sesekali tidak benar. Itu (adalah) pendirian lembaga pengarah. Soal jual QSR dan KFCH tidak pernah dibangkitkan di peringkat lembaga pengarah," katanya semasa ditanya mengenai ura-ura JCorp akan menjual KFCH dan QSR.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:19
Asar 4:31
Maghrib 7:24
Isyak 8:34



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.