saya nak baca ..

TERKINI


ARKIB : 29/12/2010

Tiruan: Persatuan gesa Zainal Rampak kemuka bukti

29/12/2010 4:31pm

KUALA LUMPUR, 29 Dis. - Persatuan Pengusaha Bas Seluruh Semenanjung Malaysia (PMBOA) hari ini menggesa Datuk Zainal Rampak mengemukakan bukti berhubung dakwaan penggunaan alat ganti tiruan pada kalangan pengusaha bas di negara ini.

Presidennya Datuk Mohamad Ashfar Ali berkata, Setiausaha Agung Kesatuan Pekerja-Pekerja Pengangkutan Semenanjung Malaysia (TWU) itu juga wajar membuat laporan kepada pihak berkuasa jika benar keadaan itu wujud.

"Jika ada pengusaha bas yang didapati bersalah menggunakan alat ganti tiruan saya tidak menghalang agar tindakan undang-undang dikenakan ke atas pengusaha bas terbabit, katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Ini kerana katanya, isu itu membabitkan soal keselamatan pengguna dan orang ramai.

Dalam pada itu kata Mohamad Ashfar, sehingga kini tidak ada bukti yang mengesahkan dakwaan alat ganti tiruan menjadi punca nahas kemalangan jalan raya, menunjukkan dakwaan tersebut tidak berasas.

Zainal sebelum ini dilapor media sebagai berkata syarikat pengusaha bas lebih cenderung menggunakan alat ganti tiruan kerana ia dapat meminimumkan kos syarikat dan lebih mudah didapati. - Bernama

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.