saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 30/12/2010

Terminal Pengangkutan TBS-BTS lambang kemodenan Malaysia


SUASANA dalam Terminal Bersepadu Selatan di Bandar Tasik Selatan, Kuala Lumpur yang mempunyai kaunter khidmat pelanggan dan kemudahan pembelian dan penempahan tiket menerusi Internet serta kemudahan lain.


KUALA LUMPUR 29 Dis. - Terminal Bersepadu Selatan-Bandar Tasik Selatan (TBS-BTS) yang akan memulakan operasi pada 1 Januari ini merupakan satu lagi lambang kemodenan sistem pengangkutan negara serta usaha kerajaan dalam memberi keselesaan kepada rakyat.

Pelbagai kemudahan moden melengkapi terminal pengangkutan bersepadu itu yang dibina pada 2008 dengan kos RM570 juta bagi memberikan perkhidmatan yang lebih selesa kepada pengguna.

Terminal itu juga dihubungkan melalui Lebuh Raya Sungai Besi (Besraya), Lebuh Raya Seremban di bahagian selatan serta Jalan Lingkaran Tengah II (MRR II) di bahagian timur.

Tinjauan Bernama ke TBS-BTS mendapati ia dilengkapi kemudahan yang tidak terdapat di hentian lain seperti kaunter khidmat pelanggan yang beroperasi 24 jam dan kemudahan pembelian dan penempahan tiket secara online 'e-ticketing' melalui www.tbsbts.com.my.

Penjualan tiket menggunakan skrin disediakan di hadapan kaunter dan terdapat mikrofon di dalam kaunter supaya penumpang dapat mendengar dengan jelas maklumat yang disampaikan pihak pentadbiran.

Selain 19 kaunter tiket yang disediakan, penumpang yang tidak mahu menunggu lama atau beratur panjang untuk membeli tiket, terdapat juga enam mesin kiosk untuk membeli tiket secara tunai atau 'touch n go'.

Selain itu, sistem siaran informasi pengunjung (PIDS) seperti jadual pelepasan bas diletakkan di setiap tingkat manakala balai ketibaan dan pelepasan di tingkat bawah disediakan khusus untuk penumpang sahaja.

Beberapa restoran dan kemudahan mesin juruwang automatik (ATM) juga disediakan selain bilik rehat VIP, surau, tandas, tempat menukar lampin bayi serta perkhidmatan WiFi.

Kemudahan untuk orang kurang upaya (OKU) turut disediakan seperti lantai penunjuk arah, kaunter perkhidmatan dan tiket yang direndahkan, tandas, lif, laluan jalan istimewa serta petak letak kereta khas untuk mereka.

Bangunan TBS-BTS, yang dibina di kawasan seluas 19.6 hektar, mengandungi enam tingkat termasuk 55 platform bas untuk 1,000 bas keluar dan masuk setiap hari, 150 perhentian teksi, 1,000 parkir kereta termasuk parkir khas untuk wanita.

Sebanyak 1,800 tempat duduk disediakan di aras tempat menunggu bersaiz 170,000 kaki persegi dan boleh memuatkan seramai 40,000 orang pada satu-satu masa.

Pembinaan terminal itu merupakan usaha kerajaan ke arah meningkatkan pengggunaan pengangkutan awam di lembah Klang selaras dengan sasaran Kementerian Pengangkutan meningkatkannya daripada 16 peratus pada masa ini kepada 25 peratus pada 2012. - BERNAMA

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.