saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 30/12/2010

Orkestra RTM 50 tahun


Antara generasi terawal menganggotai Orkestra RTM yang ditubuhkan pada 1961.


KUMPULAN pemuzik Orkestra RTM yang sering mengiringi persembahan hiburan rancangan-rancangan terbitan RTM akan menyambut ulang tahunnya yang ke-50 tahun depan.

Sempena jubli emas itu, Orkestra RTM telah merakamkan sebuah album khas berjudul Gemilang 50 yang mengandungi 16 buah lagu yang dimainkan dengan iringan para pemuzik kumpulan tersebut.

Pengarah Muzik RTM, Datuk Mokhzani Ismail, 49, berkata, album itu menampilkan lagu-lagu lama yang dirakamkan dalam versi baru termasuklah dua buah lagu baru yang berjudul Simfoni Gemilang dan Tribute.

“Ini adalah album terbaru terbitan RTM di mana ia dipersembahkan oleh generasi kelima orkestra yang ditubuhkan pada tahun 1961 ini. Album dalam bentuk CD (cakera padat) itu dijual dengan harga RM29.90.

“Kebanyakan pemuzik dalam Orkestra RTM sekarang adalah terdiri generasi muda yang berusia dari 21 tahun hingga 38 tahun,” katanya kepada Hits sewaktu ditemui di Angkasapuri, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Album Gemilang 50 bukan sahaja akan dijual di pasaran terbuka, tetapi kata Mokhzani yang merupakan Penerbit Eksekutifnya, ia juga akan disiarkan ditempat-tempat awam seperti di pusat-pusat membeli-belah.

Menurut Pengarah Muzik berusia 49 tahun itu, RTM sudah mengadakan perbincangan dengan pihak-pihak terbabit di mana cara itu akan mempopularkan lagi lagu-lagu yang terdapat dalam album tersebut.

“Kami misalnya ada membuat perbincangan dengan agensi seperti Badan Pelancongan Malaysia, MAS (Penerbangan Malaysia) dan kompleks membeli-belah bagi menyiarkan lagu-lagu dalam album ini.

“Kalau ia menjadi kenyataan lagu-lagu dalam album ini akan disiarkan dalam penerbangan-penerbangan MAS. Kami juga berhasrat menyiarkannya di Institusi-Institusi Pengajian Awam dan Swasta,” ujarnya.

Jelas Mokhzani, beliau yakin lagu-lagu yang dimuatkan dalam album Gemilang 50 mampu menarik minat semua lapisan masyarakat kerana ia terdiri daripada lagu-lagu popular yang berkonsepkan 1Malaysia.

Antaranya kebanyakan lagu menampilkan instrumens seperti tabla, gendang, seruling, gambus dan biola yang diolah dalam susunan dan konsep muzik orkestra di mana beliau bertindak sebagai pemimpinnya.

“Saya yakin ramai pendengar yang sudah biasa mendengar lagu-lagu seperti Penawar Rindu yang pernah dipopularkan oleh Datin Orkid Abdullah. Itu adalah antara lagu yang dimuatkan dalam album ini. Ia dirakamkan dalam muzik baru.

“Selain itu, turut dimuatkan ialah lagu-lagu ciptaan bekas pemimpin Orkestra RTM seperti mendiang Jimmy Boyle menerusi lagu Sungai Pahang yang dipersembahan dalam muzik orkestra gaya baru,” katanya.

Selain kemunculan album Gemilang 50, tambah Mokhzani, Orkestra RTM juga akan mengadakan konsert percuma di Panggung Anniversary, Tasik Perdana, Kuala Lumpur pada 1 Februari tahun depan sebagai acara ulang tahun itu.

Konsert khas yang juga sempena sambutan Hari Wilayah Persekutuan itu juga akan diteruskan kelangsungannya di Istana Budaya, Kuala Lumpur pada 1 April menerusi Konsert Gemilang 50 Tahun oleh kumpulan orkestra tersebut.

“Konsert yang akan diadakan di Istana Budaya itu berkonsepkan instrumental tetapi kami menampilkan tiga penyanyi popular seperti Datuk Siti Nurhaliza, Jamal Abdillah dan Datuk Sharifah Aini sebagai artis jemputan.

“Akhir sekali, sempena sambutan jubli emas Orkestra RTM itu, kami akan memasukkan nama orkestra ini dalam Malaysia Book of Records iaitu sebagai kumpulan orkestra tempatan paling lama ditubuhkan di negara ini,” ujarnya lagi.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.