saya nak baca ..

KORPORAT


ARKIB : 01/01/2011

Proses integrasi AXA Affin, BH Insurance selesai

KUALA LUMPUR 31 Dis. - AXA Affin General Insurance Bhd. akan bergabung dengan BH Insurance (M) Bhd. dengan entiti yang digabungkan itu dikenali sebagai AXA Affin General Insurance (AXA Affin GI) mulai 1 Januari ini.

AXA Affin GI dalam kenyataannya berkata, syarikat itu telah mendapat kelulusan Bank Negara Malaysia (BNM) pada 18 Februari 2010 untuk memiliki 80 peratus BH Insurance daripada Boustead Holdings dan 20 peratus lagi dari Felda Marketing Services Sdn. Bhd..

BH Insurance telah menjadi anak syarikat AXA Affin GI pada 31 April lalu tetapi kedua entiti itu masih meneruskan operasi secara berasingan dan kerja-kerja integrasi dimulakan pada akhir Oktober lalu.

AXA Affin GI juga telah menerima arahan mahkamah tinggi untuk memindahkan aset dan liabiliti BH Insurance kepada AXA Affin.

''Kami gembira dengan perkembangan ini dan prospek cerah penggabungan ini.

''Kombinasi perolehan dua entiti meletakkan AXA Affin di tempat kelima di kalangan syarikat insurans di negara ini,'' menurut Ketua Pegawai Eksekutif AXA Affin Insurans Am, Jahanath Muthusamy.

Tambah beliau, dengan penggabungan itu, pengagihan AXA Affin GI lebih meluas di seluruh negara. Ia termasuk agensi insurans yang lebih besar iaitu 3,000 agen dan 20 buah cawangan seluruh Malaysia bagi menyediakan akses yang lebih baik.

''Pelanggan juga akan mendapat kelebihan kepelbagaian produk daripada kedua-dua entiti,'' ujarnya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:40
Zohor 1:13
Asar 4:37
Maghrib 7:21
Isyak 8:35



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.