saya nak baca ..

RENCANA


ARKIB : 01/01/2011

Derma organ semakin meningkat

ISU pendermaan organ merupakan isu baru dalam masyarakat, tetapi kita telah mula menerimanya secara positif. Ia dapat dibuktikan dengan pertambahan jumlah mereka yang berikrar untuk menjadi penderma organ yang meningkat dari setahun ke setahun. Sebagai contoh pada tahun 1997, jumlah mereka yang berikrar sebagai penderma organ hanya 2,566 orang, tetapi kini jumlah itu meningkat kepada 149,315 orang.

Kadar penderma sebenar yang meningkat itu membuktikan bahawa masyarakat Malaysia mula menerima pendermaan organ sebagai rawatan terakhir kepada seseorang yang mengalami kegagalan fungsi organ.

Bilangan mereka yang menderma organ selepas meninggal dunia juga terus meningkat dari setahun ke setahun. Misalnya, pada 2005, bilangan penderma hanya 13 orang dan pada 2006, bilangannya meningkat kepada 25 orang. Begitu juga pada 2009, bilangan penderma meningkat kepada 39 orang. Sehingga November 2010, jumlah penderma organ di Malaysia adalah seramai 307 orang.

Objektif utama kempen dan promosi pendermaan organ adalah untuk memberi kesedaran kepada masyarakat Malaysia mengenai kepentingan pendermaan organ. Kajian ke atas kempen media yang telah dijalankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada 2009 menunjukkan 75 peratus daripada rakyat Malaysia sedar akan kepentingan pendermaan organ.

Selain itu, tujuan kempen adalah untuk menarik lebih ramai rakyat Malaysia tampil berdaftar sebagai pengikrar penderma organ dan ternyata peningkatan bilangan pengikrar dari setahun ke setahun menunjukkan penerimaan dan kejayaan.

Misalnya pada tahun ini sehingga November 2010, Pusat Sumber Transplan Nasional telah menerima sejumlah 22,910 permohonan untuk menjadi pengikrar. Ia melebihi sasaran kami iaitu untuk mendapatkan 20,000 orang pengikrar pada 2010.

Jawatankuasa Bertindak Kesedaran Awam Pendermaan Organ telah menggunakan pendekatan agama dalam membawa perkara ini. Aktiviti yang diatur mendapat kerjasama baik daripada badan-badan agama antaranya Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Institut Kefahaman Islam Malaysia, Persatuan Buddhist, Christian Federation, Persatuan Hindu Sangam dan lain-lain.

Jawatankuasa juga sentiasa mengatur program-program promosi sepanjang tahun bagi memastikan rakyat Malaysia sedar akan kepentingan pendermaan organ. Tidak dinafikan bahawa kakitangan kesihatan terpaksa menghadapi beberapa masalah ketika berbincang dengan ahli keluarga atau waris dalam usaha mendapatkan organ.

Kajian yang dijalankan KKM jelas menunjukkan antara faktor yang menghalang adalah agama, takut dan keluarga.

Keadaan ini berlaku mungkin disebabkan ahli keluarga mendapat maklumat yang salah, ataupun ahli keluarga enggan menerima maklumat mengenai pendermaan organ. Justeru, saya ingin menasihatkan semua rakyat Malaysia yang ingin berikrar sebagai penderma organ supaya memaklumkan niat mereka kepada ahli keluarga, dan ahli keluarga seharusnya cuba menerima dengan terbuka niat murni itu.

Mengimport organ dari luar negara bukanlah satu jalan terbaik bagi menyelesaikan isu kekurangan organ di negara ini, mahupun di negara lain. KKM memegang teguh kepada prinsip bahawa organ manusia bukan untuk dijual beli atau diperdagangkan.

Adalah tidak wajar untuk kita mempergunakan kedudukan sesetengah orang di dalam sesebuah masyarakat seperti mereka yang miskin ataupun tahanan penjara bagi membeli organ mereka.

Selain itu, aktiviti perdagangan organ manusia bercanggah dengan prinsip panduan Pertubuhan Kesihatan Sedunia mengenai pemindahan organ.

Fatwa yang dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan pada 1970 mengharuskan pendermaan organ kadaverik tetapi mengharamkan aktiviti jual beli organ.

Jalan yang paling sesuai bagi membantu mereka yang memerlukan organ adalah meningkatkan lagi kesedaran dan kesediaan masyarakat terutama ahli keluarga untuk menderma organ.

Jawatankuasa saya buat julung kali mengadakan Sambutan Minggu Kesedaran Pendermaan Organ pada 16 hingga 24 Oktober lalu. Ia bermatlamat mengajak agensi kerajaan, swasta, badan-badan korporat dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menyatakan komitmen mereka terhadap pendermaan organ.

Program itu mendapat sokongan yang membanggakan, di mana banyak pihak tampil menganjurkan aktiviti promosi pendermaan organ di peringkat masing-masing. Sasaran kita untuk mendapat bilangan pengikrar baru pada tahun 2010 sebanyak 20,000 orang telah tercapai.

Justeru, usaha mempromosi pendermaan organ pada tahun 2011 akan memberi tumpuan khusus kepada golongan muda (remaja & belia).

TAN SRI LEE LAM THYE

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kesedaran Awam Pendermaan Organ

Kementerian Kesihatan Malaysia

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:51
Zohor 1:12
Asar 4:35
Maghrib 7:09
Isyak 8:23



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.